Thursday, December 22, 2011

Kecubung : Sedutan babak yang menyayat hati... Awas 18SG !!!

[ Aku masih berfikir macam mana nak bunuh si Hasri ni. Ada idea tak? ]







‘Zuppp...!’.
Pipi Ros terbelah, darah panas mula mengalir keluar dari luka itu. Ros menjerit kesakitan. Dia terus merayu supaya dilepaskan tapi tak diendahkan oleh Hasri yang sudah menguasai dirinya.
Hasri alihkan matanya kepada dada Ros pula. Ditenungnya dada Ros yang berombak-ombak menahan kesakitan. Dia putuskan butang baju Ros satu persatu menggunakan pisau. Dia kuis baju Ros menggunakan hujung pisau yang tajam. Dada Ros terdedah sehingga ke pangkal perut. Ros tak henti-henti meminta dilepaskan tetapi rayuannya itu langsung tak diendahkan oleh Hasri.
Mana kejujuran kamu? Mana?!!!”, jerit Hasri. Ros hanya menangis menahan kesakitan. Darah dari luka di pipi terus mengalir ke rambut dan telinganya.
Ada dalam dada kamu agaknya...”, kata Hasri sambil pisaunya memotong tali coli.
Hasri terbayangkan lelaki-lelaki yang pernah bertenggek di atas dada Ros itu. Hasri benar-benar gila. Hasri lorekkan hujung pisau itu di dada Ros, dari pangkal leher hingga ke perut seolah-olah ingin membuat satu garisan.
Kengerian amat terasa namun tiada apa lagi yang boleh Ros lakukan. Hasri sudah lupa di mana dia berada, dia sudah tak sedar apa yang dia sedang lakukan. Perasaan geram, benci dan dendam menguasai diri sepenuhnya.
’Chuppp’.
Sepantas kilat mata pisau tu terbenam sedalam beberapa inci di pangkal perut Ros. Dia menjerit sekuat-kuat hatinya. Terasa sejuk mata pisau itu mengalir ke segenap urat saraf. Kemudian, rasa pedih mulai menjalar ke seluruh tubuhnya.
Hasri tak berhenti di situ sahaja. Dia menghiris dan merobek dada Ros seperti melapah daging, sehinggalah mata pisau itu tersekat pada tulang sternum. Ros menggelupur akibat kesakitan sambil meraung-raung. Kelam kabut Hasri betul-betulkan kedudukan badannya supaya tak terjatuh, lututnya terus menghimpit tangan-tangan Ros yang asyik terangkat-angkat, reaksi dari rasa sakit yang teramat.
Hasri pegang hulu pisau itu dengan tangan kirinya pula manakala tangan kanannya menghentak-hentak hulu pisau itu. Setiap hentakan, mata pisau itu menghiris inci demi inci sehingga ke pangkal leher. Setiap kali hentakkan itu jugalah badan Ros terhenjut-henjut dan darah pula bersemburan keluar.
Kini, dada Ros sudah luka dengan teruk sekali, dadanya ternganga menampakkan organ-organ yang ada di dalam. Badan Ros masih lagi terhenjut-henjut mengikut rentak jantungnya yang cuba mengepam saki baki darah yang masih ada dalam tubuhnya.. Akhirnya, henjutan itu pun lemah dan terhenti. Rumah batu dua tingkat itu menjadi sunyi. Tiada suara yang keluar dari mulut Ros lagi. Mulutnya ternganga luas manakala matanya terbeliak memandang ke atas.
Hasri balingkan pisau itu ke lantai. Dia selukkan tangannya ke dalam rongga dada Ros yang terbuka dan dikuakkan sambil mengintai-ngintai, seperti mencari-cari sesuatu di dalamnya.
”Eh, betullah! Kejujuran tak ada dalam dada kau... hahaha!”, Hasri ketawa seperti orang gila.








.

16 comments:

tasekM said...

kalau wos dh mati siapa nk pegang duit seratus baru tu hah?
cakapppp...
cakapppp...


:p








jahanam betul hasri nih.
mendidih lak aku.


.

Aku said...

TM,
hmmm.. baru ko tau siapa Hasri tu...

pegawai bank pun kena bunuh secara kejam...

siapa nak pegang duit? Hmm... alamak, aku pun buntu.... suruh Tipah V la...

sepa said...

harap bertenang sedara-sedari sekalian...!

bak sini... aku juga boleh pegang.! malah boleh belanjakan abis. hehehe...

* brader, watak antagonis kena sampai ke ujung. macam criter 'UnderWorld'!!!...

kejap. tetiba ada Ros. mana flashback-nya, bang.!

AZANI said...

mana hero bang? dah kena tikam dek Hasri ke?

AZANI said...

eh....bila lak ros masuk...


dia join sekali ke trip tas, kog dan tij....?


benda ni berlaku di tempat yang sama dengan penginapan mereka?

ahh....kena back track nih....

Aku said...

Sepa,
tulah flashbacknya... kenapa Hasri berdendam... cerita awal dan akhirnya sengaja aku tak letak kat situ kakakaa...




Azani,
flashback... tapi itu bukan Wos.. itu hanya Ros.. aku pun tak tahu Ros yang mana... mungkin nama penuhnya Rosmah.. atau juga ROsmah-wati... hahaha

sepa said...

ko tak perlu bunuh watak hasri yang TAMPAN BERLESUNG PIPIT tuh...

apa kata, ko keluarkan dak Tazs n Tij tuh dr dunia yg van bergerak tak guna petrol, ke dunia benar dan bertemu ngan si hasri yg berkarisma-berkereta Ferrari merah... :)

...oya, nak tambah... hasri yg jugak adalah romantik... hehehe

AZANI said...

watak hasri tak payah dibunuh, cuma kasi pusing 360 darjah,dari jahat kepada super wara'

puncanya mungkin dengar laungan azan dari pakcik serban hjau...

Aku said...

Sepa,
Aaaa??? tak bunuh?
mana pembalasannya?




Azani,
kalau nak turn 360 si hasri tu, mau 360helai cerpen aku ni..

padahal, cerita ni cuma taraf cerpen jer..... akakakaa

alien pakai lipstick said...

Ni boleh jadi novel bestseller ni

alien pakai lipstick said...

Buat e book kepublish ni?nak order satu.

alien pakai lipstick said...

Ini ada kaitan ngn ayu jannah ke.ni ke permulaan ayu jannah terawang?

Aku said...

alien,
wuuiihh.... banyak persoalan.

Ini pada asalnya hanya cerpen suka-suka sebab malas nak tulis panjang2 dan juga saja nak buat cerita yang dekat dengan kawan2 blogger. Sebenarnya, watak yang diguna-pakai tu semuanya tercipta dari pencerapan aku terhadap gaya menulis dan gaya mengomen dia orang tu.... hahaha. Jadi, kalau dia orangyangbaca, itulah avatar yang dia orang letak di blog masing2. tapii....


Masing2 dah excited.... cerpen dah jadi cer.pan (cerita panjang) tapi masih belum sampai ke tahap novel sebab olahan dan kupasan aku tak dalam. Hanya layangan cerita sahaja. Jadi, ianya bukan novel.. tetapi mungkin boleh dijadikan cerpen bersiri... macam dalam majalah2 tu...


Aku pernah dengar e-book tapi aku tak tahu nak buat selain daripada PDFkan nya. Jadi, aku buat secara konvensional... aku akan bukukan sahaja.

Nak? Ok.. bila siap nanti baru boleh ambik order... buat masa sekarang ni aku tak berani nak berjanji bila nak siap... hahaha

Aku said...

Alien,

Owh.. ada satu lagi....

cerita ni tak ada kena mengena dgn Ayu Jannah.

Ayu Jannah tu avatar aku dalam dunia maya yang ini (jangan bagi tau Tasek atau Azani atau Sepa.. aku nafikan. hahaha).

Manakala Aeron adalah avatar aku dalam dunia maya yang satu lagi kat sana tu... keh keh keh..


cerita Ayu Jannah hanya keluar apabila jiwa aku benar2 tersentuh, terasa atau kesedihan...

LadyBird said...

xleh bc sampai habis.. xnak bygkan.. sakitnyer..

Aku said...

Ladibird,
Hahaha... alaaa... rasa macam orang lelaki bersunat je... macam kena gigit dek semut jer.... kakaka