Tuesday, April 7, 2009

Notakaki 2: Tiada erti Merong Mahawangsa tanpa Langkasuka

Siapalah Merong Mahawangsa tanpa Langkasuka? Mari kuperikan akan hal si Langkasuka itu:

Sebermula cerita:

Ini kisah riwayat Raja Langkasuka. Raja memerintah hukumah (kerajaan) ini agamanya Hindu dan Berahman. Ibu 'ashimah (ibu negeri) di negeri Kedah waktu sekarang. Kita, Nahnu (kami, tiada tahu bila mulanya, lakin (tetapi) kata setengah-setengah orang tua sebelum kelahiran Nabi Isa anak Maryam orang-orang Cina telah datang bertijarah (berniaga) di negeri ini.

Ada juga disebutnya negeri Langkasuka. Dan katanya: "Riwayat kisah ini ada raja selepas Isa bin Maryam zahirnya dua ratus tahun" (200AD). Tetapi Cina itu sebut, katanya: "Mengikut sanah (tahun) Cina, berbetulan lebih kurang selepas Isa zahir dua ratus tahun".

Dan negeri hukumah ini ikut agama orang-orang Hindi (India) datang berdagang ada tempat pulau, tiga jazirah, dekat Kedah. Namanya ikut negeri ini. Di situlah tempat orang-orang Hindi berdagang daripada Jurapati. Dan kawalan negeri Langkasuka ini [ter]masuk Legor dan Sanjura. Dan pelabuhan besarnya Petani. Tetapi kita tiada tahu di mana tempatnya, kerana negeri Petani waktu itu namanya belum jadi Petani. Lakin, tentu daerah Petani ini besar pelabuhan dan masyhur [me]rata-rata alam....

Syahdan adapun orang-0rang duduk di Petani ada [yang] makan nasi [dan] ada [yang] makan gandum. Dan orang lain-lain ada [yang] makan jagun[g].....

Dan orang Cina dan orang Hindi pandai jampi-jampi dan sihir [se]hingga orang lain takut kepadanya sebab hairan. Tetapi dia sembah belaka. Batu pun ada sembah. Dan kayu pun ada sembah. Orang-orang Melayu takut...

Adapun orang Jawa bijak belayar dengan perahu. Dan orang Jawa ada datang jual perahu kepada [orang] Cina dan [orang] Khemir. Adapun orang Sakai itu tidak dipanggil orang, hanya panggil Sakai. Maknanya setengah binatang setengah manusia. Adapun orang Cina dan Arab dan Farsi panggil orang hutan belaka. Sebab kalau jumpa dengan orang selalu lari masuk hutan.

Kain dan pakaian tiada pakai. Tetapi kalau dia lapar dan dahaga dia masuk ambil barangnya dengan tiada minta, sebab dia tak tahu bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain-lain......


[Perhamba mulalah salin naskhah asalnya daripada yang mulia Syeikh Faqih Ali bin Wan Muhammad bin Syeikh Shafiuddin, dialah yang membuka mata segala-gala hikayat dan tarikh-tarikh lama...]




Cukup dulu notakaki ini.

5 comments:

AZANI said...

puh, ini satera klasik yng tak kedapatan di kedai buku..mungkin jumpa di muzium atau arkib negara.. teruskan.

Nizam.Ariff said...

Azani,
Ni dari manuskrip lama...

dragsuperstar said...

macma mana dengan sejarah yang diperkenalkan oleh blog sejarahnagarakedah.blogspot.com tu..

masuk akal ke tak

Aku said...

dragsuperstar,
ikut le kajian masing2... benda pun dah lama sangat.

Pewaris Terulung said...

Pewaris Takhta Sebenar Merong MahawangsaPewaris Takhta Sebenar Merong Mahawangsa