Sunday, April 24, 2011

Munajatkan bauan syurga...




Munajatku bersama hati
yang berharap, suara yang
bergetar antara sedu dan
syahdu, mengukir bait-bait
harapan pada dinding jiwa

Ruang kosong kulihat
lapangan tenteram kurasa
berbakikah nafas kuhela?

Aduhai narawastu syurga
pada namaku bersatulah kita
kerna itu yang akan ku bawa
ke langit ArasyNya






.

Hujan, oh hujan.........




 

Wahai hujan, turunlah 

Basahi tubuhku ini

Aku kotor dengan dosa-dosa 

Aku tak mampu membasuhnya sendiri








[nizam.ariff 22.4.2011]
.

Wednesday, April 13, 2011

Bocor Sana - sini

.





Ruang yang kosong
santai mengheret bosan
melihat atap yang bocor
sana dan sini


Kiranya
Ini satu umpama yang zahir
dan yang batinnya kabur-kabur
antara jaga dan tidur


Kiranya
Ini satu kisah hidup
yang sekejap untung sekejap rugi
biasa-biasa begitulah







[nizam.ariff - 13.4.11]
.

Thursday, April 7, 2011

Aku mahu hilang...

Luncur layar bahtera hidup ini
di laut merah darah dan nanah
panasnya lahar mengalir laju
di bawah sana, merah menyala-nyala


Bahtera hidup ini melalui dugaan
jurang-jurang yang tenggelam
serangga sesat ditelan dunia
kemudi ini tak tahan


Pelabuhan, mana pelabuhan?

Bahtera ini terbakar
dan mahu tenggelam
aku hilang





[nizam ariff-7.4.2011]