Wednesday, July 20, 2011

Rentak Mimpi Tentangmu

.


imej: my.opera



Mahligai tidur, turunlah mimpi
lewat malam, awal pagi tadi


Mimpi kulihat cerah dikakimu
Kakimu kulihat bercahaya
bak sutera rindu direnjis salju
Cahayamu kulihat jernih
bak tulus kasihmu terhadapku
Jernihmu kulihat wajahku
bak cermin yang membias rasa
 Wajahku kulihat tersenyum padamu
bak cinta yang amat bermakna
Senyumku kulihat dibalas olehmu
dari bibirmu yang menguntum mawar
merah, cantik, ayu sekali
bibirmu yang menyahut asyiqku


Oh, sayangku
keluarlah dari mimpi itu
mari dekat denganku.










.

2 comments:

tasekM said...

aku pun mimpi mlm td.
mimpi bawak kereta.
aku pusing stering ke kanan, kereta pergi kiri.
aku pusing ke kiri, kereta pergi kanan.
penat betul aku.
tak sedap langsung mimpi aku eh....?

heh.



.
.

Aku said...

TM,
degil sungguh kereta tu ek?

cer sekeh sekali... hahahaa