Thursday, April 9, 2009

Notakaki3: Kompang

Lupakan UTM dan sayembaranya. Hati aku tak sampai. Dan aku tidak minat menulis kalau bukan dari hati. Aku tak ada feel. Kalau tak ada feel, aku akan ada masalah dengan penceritaan dan details. Ya, aku akan kekurangan details. Bila kurang details, orang pun tak dapat feel, scene akan terlompat-lompat macam katak.

Aku nak cerita pasal kompang. Ya, di atas kuda api aku tadi, aku teringatkan abang aku yang mengambil alih kemahiran arwah bapak aku bermain kompang. Tapi sebelum itu, ketika di R&R Jejantas Sg. Buloh sekembalinya dari Tg. Malim, ketika aku minum bersama seorang teman, aku terdengar seseorang menepuk kompang. Ya, kompang. Ketika aku menatap skrin PC ini dan ketika aku di Merung Mahawangsa, aku teringat lagi tentang Kompang.

Baru-baru ini, emak ada beri beberapa komen tentang abang aku ni, tentang kompangnya, tentang beduknya. Kakak aku yang baru bermenantu sulung baru-baru ini juga ada kisah dengan abang aku ni. Ada konflik, ada cabaran, ada segalanya. Boleh buat drama swasta kalau diletak sedikit ropol-ropol dan kontroversi yang tak benar.

Tapi, cerita itu bukan sains fiksyen. Ia hanya cerita kampung.

Tapi, ok juga rasanya. Banyak pekan dah jadi bandar. Even aku kat sini pun selalu lunch makan ayam kampung goreng. Apa salahnya kalau bercerita berlatarbelakangkan kampung?

KOMPANG
Sinopsis:
Seorang anak kampung yang belajar tinggi dan bekerja di bandar besar, akhirnya telah mengambil keputusan untuk menetap di kampung kerana sebab musabab dan falsafah-falsafah hidupnya. Ahli keluarga lain membantah, termasuk ibu-bapanya (konflik1). Dia bertahan dengan alasan sendiri (falsafah,pendirian hidup, pandangan tentang masa depan).

Dia menceburkan diri dalam beberapa projek kampung tapi kesemuanya tak berhasil, dimana akhirnya dirinya di bebani hutang (konflik2, cabaran, perjuangan). Dia akhirnya menjadi anak kampung. Bila bapanya sakit, dia yang menjaganya kerana kebetulan dia duduk serumah dengan ibu-bapanya dan adik beradik yang lain telah bermastautin jauh-jauh (pengajaran, takdir).

Bila bapanya meninggal dunia, dia cuba mengekalkan beberapa tradisi kampung dan tradisi keluarga dengan caranya, salah satunya ialah Kompang. Kini, walaupun hidupnya amat sederhana namun ia telah berjaya membawa tradisi keluarga sedikit demi sedikit (kejayaan).

80% penceritaan tentang Kompang. 30% dramatisasi sebagai halwa cerita dan menambah ambiguiti watak sebenar.

Bila nak mula ni?



.

10 comments:

tasikmerah said...

esok-esok sahajalah kamu mula. kita minum duluuuuuuu...! hahahaha...

ah! kejayaan berada di mana-mana. adik aku juga. dahulunya bekerja di bandar. ambil keputusan kembali ke kampung. dan. kini dia adalah manusia berjaya di sana. di kampung....



.

Nizam.Ariff said...

TM,
Jom, kita minum dulu... err...susu mana? Hahahahaa...

Opp...oppp! blog yang ni blog serius, tak boleh ketawa lebih-lebih. Tak boleh lucah-lucah... hehehe.

tasikmerah said...

jibraun dak nizam.

susu mana best weh....! vanilla ice blendded la baru 'menendang'. muahahahaha....


.

Nizam.Ariff said...

Tendang menendang tak kira la... ice blended dalam gelas, aku nak susu chap junjung orang belanda tu... hahaha

tasikmerah said...

susu chap gantung la baru power....!

muahahahaha...

mmg tak jadi kerja tau melayan ko ni bang..! haih~

;p


.

ashley said...

KomPAAANNGG?

Nizam.Ariff said...

TM,
Aku tak cakap. Ko yang cakap. Tapi tak pe, ko sebut 'barang' sendiri, kata mak mertua aku....hahaha

Ashley,
Aku tak cakap, TM yang cakap.... jangan le komPAAANNGG aku kak....hahahah

Pyanhabib said...

teruskan cerita pasal kampung, pasal kompang, pasal beduk...

ashley said...

Nizam,
Abang Pyanhabib dah masuk sini..

aku rasa kecikkkk dan kerdil.

Nizam.Ariff said...

Pyanhabib,
ok bro, tengah kumpul ni... ya, beduk bro. Kompang jawa ada beduk. Beduk yang ada kat abang aku tu usianya paling kurang seusia aku, dah lebih 30 thn. ada value tu kalau jual... hahaha.

Ashley,
Aku pun suka kat bro Pyan tu dari aku kecik dulu, zaman-zaman Kembara dan balada seniman jalanan. Zaman-zaman Sweet Charity..