Thursday, April 9, 2009

Bukan Notakaki - Malam Gelisah

Malam ini malam gelisah
Terhantuk bendul bagai memberi petanda
Aku harus pergi mencari
Penawar jampi pelindung sakti

Malam ini malam gelisah
Untuk mereka yang berwajah-wajah
Yang tak punya wajah
Kalaulah aku mampu
Aku dedikasikan malam ini
untuk mereka yang seperti aku



.

3 comments:

hegira said...

Saya rasa ada satu lagu wings atau double trouble yang ada tajuk lagu malam gelisah...

tasikmerah said...

malam ini tiada
beza
untuk aku yang berjiwa
m
a
t
i


.

Nizam.Ariff said...

Hegira@Alina,
Aku cuba youtube lirik tu tapi tak jumpa...aku ingat sikit-sikit je. Lagu tu lagu nostalgik. Ada la ceritanya tapi aku ingat yang tu je...

TM,
Tu, boleh pun berpuisi...
Tapi,mati tu keras bunyinya... kalau disebut sekadar metafora, ok, no problem, memang selalu orang buat. Aku pun pernah buat camtu gak. Zaman keras... hati panas.