Saturday, April 11, 2009

Kompang: Episod 1 (draf)

Hujan lebat sejak petang tadi masih berbaki rintik, berkumpul lalu meluncur turun dari cucur bumbung zink. Rintik hujan yang jatuh ke bumbung zink menghasilkan rentak yang mengasyikkan. Sekali-sekala cahaya kilat merentasi kaki langit, menerangi sawah barang sebentar tetapi cukup untuk Jali melihat air yang sudah menggenangi petak-petak sawah. Anak padi yang masih berumur beberapa hari akan mati jika tenggelam.

Jali gelisah. Dia sedut baki rokok daun nipahnya dalam-dalam. Asap berkepul-kepul ke udara.

"Payung mana?" Jali campakkan putung rokok ke luar tingkap.

"Malam-malam macam ni? Tak boleh tunggu besok pagi?" Julia bertanya.

"Kalau tunggu besok, semuanya dah tenggelam"

Julia pergi ke dapur dan kembali mendapatkan suaminya bersama-sama sekaki payung. Payung dikembangkan. Terasa sejuknya hujan. Jali mengambil sebatang cangkul dari dalam setor di belakang rumah.

"Nak ke mana tu?"

Bunyi bising dari bilik setor menyebabkan emaknya, yang terbaring akibat menghidap sakit belakang sejak setahun lalu, telah terjaga, barangkali.

"Nak cangkul batas, nak lepaskan air sawah. Takut anak padi tenggelam"



Julia melihat suaminya hilang dalam gelap malam, dalam rintik hujan dengan hanya bertemankan lampu suluh, dari tingkap kayu yang mereput. Kalau anak sulungnya ada, sudah tentu suaminya ajak anaknya itu sekali. Paling tidak, memegang lampu suluh untuk ayahnya. Anaknya baru pulang ke asrama petang tadi, begitu juga dua orang anak daranya yang masih menuntut di sekolah menengah.



[bab pengenalan ni la yang aku rasa paling leceh, kalau boleh nak jump terus ke konflik, tapi tak boleh pulak....hish]

.

9 comments:

Pyanhabib said...

dah baca dah.

tasikmerah said...

Anda boleh membacanya dan MENULIS semula cerita itu, jika anda mahu, dalam ruangan komen.

soalan.

nak kena sambung ke hape...?


.

Nizam.Ariff said...

Pyanhabib,
Orait bro! tambah semangat gua...

TM,
Jangan sambung sebab aku yang tentukan jalan cerita. Tapi, ngko boleh ubah ayat yang tak betul ATAU tambah ayat yang lebih bagus ATAU tambahkan details diantara ayat, contohnya:

"Jali mengambil sebatang cangkul dari dalam setor di belakang rumah....+ Seekor ibu ayam terganggu tidurnya lalu berketok garang. Bunyi bising itu telah mengganggu tidur emaknya yang terbaring.....

Engko bukan ke suka ayam - ayam nih? hahaha

tasikmerah said...

ooo... tapi kan... kalau jadi cerita lawak mesti kamu pukul aku kan bang...?

muahahaha...



.

ashley said...

'Nama Julia itu terlalu ANGGUN bagi seorang isteri petani...tapi mungkin petani itu dulunya seorang Engineer yang berkahwin dengan seseorang dari bandar..

Dek kerana cinta, Julia sanggup ke desa menemani Jali, sisuami untuk mengerjakan tanah pusaka..'

he he he..
engkao nak jadikan watak abang engko sebagai watak utama?

....aku akan cuba MENGHAYATI satu persatu LANGKAH cerita engko, dik..

teruskan..teruskan...
keep up the good work..

ashley said...

Nizam,...dan lagi
kalau engkao boleh buat aku menangis teresak esak sebagaimana aku membaca cerpen cerpen karya Khadijah Hashim yang begitu sendu dan sayu..aku BELANJA engko dik!!
Contoh cerpen pendek Khadijah Hashim yang aku suka ialah 'Nasinya tumpah' dan 'Tersungkap'.

Nizam.Ariff said...

TM,
Kalau part yang lucu, nangi ko buat la... kalau bab nangis ko kasi lucu, aku seligi... hahaha

Ashley,
Akak betul pasal Julia. Sengaja pilih nama tu sebab lebih kekotaan sikit.

Semuanya cerita pasal kompang, pasal budaya. Yang aku ambik cuma dia punya background je, iaitu kampung. Selebihnya adalah drama...

Memang ada bab sedih. Sebenarnya, aku dah ada cerita sedih tu. Dan bab itu kisah benar.

tasikmerah said...

ok. aku sambung tang sini...

"Nak ke mana tu?"

Bunyi bising dari bilik setor menyebabkan emaknya, yang terbaring akibat menghidap sakit belakang sejak setahun lalu, telah terjaga, barangkali.

"Nak cangkul batas, nak lepaskan air sawah. Takut anak padi tenggelam"

"Tunggu esok saja lah bang... malam-malam ni banyak hantu kopek...!"

muahahahahaha.... sumpah. aku melawak je haih~

ok. nnti aku buat hok serious ok.

Nizam.Ariff said...

TM,
banyak-banyak hantu, apsal ko suke dgn hantu kopek?

Aku syak ko pernah kena sorok masa kecik dulu ni... hahahah