Monday, December 5, 2011

Kecubung : Bab 3 Episod 11

.




Kecubung : Bab 3 Episod 11


Matahari telah condong ke arah Barat. Bunyi riang-riang hutan kadang kala lebih kuat dari bunyi enjin van mereka. Kini mereka telah memasuki satu kawasan hutan yang lebih tebal dan pokok-pokoknya lebih besar dan tinggi. Pokok Pisang Hutan hidup hijau, subur dan lebat. Buluh-Buluh Betong menjulang tingginya.
Sudah jauh van itu dipandu tetapi terasa seperti Negeri Sembilan adalah negeri yang terlalu luas, tak sampai-sampai sempadan Selangor pun. Masing-masing sudah mula lemas di dalam van yang tanpa pendingin hawa itu. Ko-G yang sudah terlelap agak lama tadi pun sudah terjaga. Tij yang melayan sembang Tazs pun sudah kehabisan topik tapi papan tanda jalan langsung tak kelihatan.
Tazs masih cekal memusing stering dan menekan pedal minyak namun begitu hamburan angin yang menderu masuk melalui tingkap van menjadi elusan enak menangkap mukanya. Bunyi tayar mengayuh aspal bukan lagi bunyi bising yang mengganggu benak tetapi iramanya seperti nyanyian seorang ibu yang mendodoi anak kecil. Hentakkan akibat lopak-lopak di atas jalan menjadi seperti endoi yang berhenjut dengan ritma asyik.
Akhirnya, Tazs tewas juga. Kelopak mata Tazs menjadi berat. Fikirannya melayang-layang meninggalkan kisah-kisah kampungnya. Seolah-olah dia menanggalkan semua pakaian dan bertelanjang bulat memasuki satu pintu gerbang yang harum dan wangi di hutan itu. Jalan raya dilihatnya berbalam-balam. Pokok-pokok yang tegak berdiri di kanan dan kiri jalan bergoyang seperti dihembus angin lintang. Ruang pandangannya mengecil dan mengecil...
Tiba-tiba terdengar bunyi dentuman yang agak kuat di bahagian bawah van. Tazs tersentak, matanya kembali bulat. Van mereka teroleng kuat dan hilang kawalan tetapi Tazs sempat mengawal semula walau pun terbabas sehingga melanggar rumput-rumput di bahu jalan. Van mereka terhenti di tepi jalan. Nasib mereka baik kerana di bawah sana adalah gaung kecil dan ada anak sungai yang mengalir.
Sorry... he he he“, Tazs meminta maaf sambil ketawa. Tij mengusap-usap punggungnya manakala Ko-G memicit-micit kepalanya. Kedua-duanya akibat terlambung apabila van mereka melanggar lopak yang agak dalam tadi.
Seketika itu juga mereka dapat rasakan segugus angin sejuk segar menyapa wajah. Masing-masing mendiamkan diri. Mereka melihat-lihat di sepanjang jalan itu jika ada tanda-tanda kehadiran orang kampung seperti rumah, motorsikal atau pun dusun buah-buahan.
Muka Tij ceria sambil tangannya menepuk-nepuk lengan Tazs. Tidak jauh di depan sana kelihatan seorang lelaki sedang berjalan membelakangi mereka.
Jom kita tanya orang tu... ”, syor Tij.
Tazs hidupkan semula enjin van lalu bergerak mendekati lelaki yang sedang berjalan itu. Apabila lelaki itu mendengar bunyi van yang datang, dia pun berhenti berjalan lalu menoleh ke belakang. Tersenyum. Seorang lelaki kacak dengan susuk tubuh yang agak lampai sedang berdiri sambil melambai-lambaikan tangan kepada mereka.



Tazs hidupkan semula enjin van lalu bergerak mendekati lelaki yang sedang berjalan itu. Apabila lelaki itu mendengar bunyi van yang datang, dia pun berhenti berjalan lalu menoleh ke belakang. Tersenyum. Seorang lelaki kacak dengan susuk tubuh yang agak lampai sedang berdiri sambil melambai-lambaikan tangan kepada mereka.
Lelaki itu berkemeja putih berlengan panjang dan berseluar warna kelabu. Rambutnya disisir kemas manakala tali lehernya dilipatkan dan dimasukkan di dalam kocek kemejanya. Dia bersepatu kulit tetapi yang hairannya, dia hanya berjalan kaki di tengah-tengah hutan itu.
Tazs memberhentikan vannya di sebelah lelaki itu. Tij julurkan kepalanya ke luar tingkap lalu memberi salam kepada lelaki tadi.
”Saudara, nak tumpang tanya sikit, jalan yang ini... nak ke mana?”, tanya Tij dengan sedikit gugup.
Tazs mengangkat tangannya sedikit, menegur lelaki itu dengan senyuman. Ko-G hanya merenung lelaki itu dalam-dalam, dahinya berkerut seribu.
”Err... awak tanya saya hendak ke mana atau jalan ini menuju ke mana?”, lelaki itu soal balas sambil tersenyum. Tij ketawa apabila menyedari kesilapannya itu.
Nak tanya dua-dua sekali. Nak ke mana dan jalan ini menuju ke mana, boleh tak?”, jelas Tij manja sambil membetulkan duduknya.
Tazs hanya melihat gelagat Tij yang sedikit ’gedik’ itu. Tazs tahu, Tij memang petah bercakap, pandai menyusun kata. Yalah, dia bukankah seorang promoter ? Seorang promoter memang bijak berkata-kata hatta yang dijualnya hanya pakaian dalam wanita.
Oh... Sebenarnya saya pun tak tahu. Saya bukan orang sini. Saya pun tak tahu jalan ni menghala ke mana”, jawab lelaki itu jujur sambil mengecilkan matanya akibat terik matahari.
Tak apalah, kalau sudi marilah ikut kami. Daripada berjalan kaki, lebih baik naik van buruk ni”, Tazs mencelah sambil mempelawa lelaki itu naik.
Lelaki itu teragak-agak pada mulanya namun kesangsiannya pudar apabila Tazs lemparkan senyuman manis dan renungan yang seolah-olah menembusi wajah lelaki itu.
Lelaki itu membalas senyuman Tazs sambil anggukkan kepalanya beberapa kali tanda terima kasih. Melihatkan itu, cepat-cepat Ko-G mengesot menjauhi pintu. Lelaki itu masuk dan duduk di sebelah Ko-G. Tij dan Tazs berpandangan apabila melihat aksi Ko-G.
”Apa hal dengan adik kamu tu?”, bisik Tazs ke telinga Tij.






.

11 comments:

tasekM said...

mesti sepa tu kan..?


.

Aku said...

TM,
Tungguuuuuu..............

AZANI said...

ini masih negri sembilankan?....

Aku said...

Azani,
Ha'ah tapi tak tau kat mana sebab aku tak mahir kat N9 tu...

sepa said...

pehal lelaki tuh merayau2 d jln.?

p/s : *TM, sepa itu orgnya hensem-maco.! berbaju pagoda, berseluar jeans-levi's dan bercapal.
Lelaki yg berbaju putih berlengan panjang... itu bangla, kot... :p

Aku said...

Sepa,
kerr... ko nak aku jadikan ko penyangak dlam cerita nih? boleh je aku tukarkan.. hahahaa

sepa said...

penyangak yg suka berpuisi di bawah tiang lampu...! ok gak. :p

Aku said...

Sepa,
penyagak yang berfalsafah tentang cinta,...

Orait.. done!

kucingorengemok said...

eh aku miss trailer yang ni! rasa hari tu baca sampai tayar langgar lobang je... ko tambah ye?

Aku said...

KOG,
dah tambah.

even bab yg depan2 tu pun sebenarn aku dah tambah2..

dan yang ni semuanya aku belum baca balik pun. kalau dah baca biasanya ada yang aku buang-tambah..

kat dalam ni semuanya belum edit lagi.. tak ada editor..

aku nak lantik Sepa jadi editor la..

sepa said...

bulih2... ketua editor pun bulih. :)