Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan 3: hanya kerana sebiji telur ...

.


Seorang lelaki terkocoh-kocoh masuk ke sebuah restoran mamak. Paginya bermula pada tengahari, sayugia dia terkocoh-kocoh kerana lapar. Dia telah agak lewat untuk ke satu temujanji. Pun begitu, dia masih sempat memesan sepinggan nasi lemak berlaukan telur goreng.


Teh ais yang dipesannya dihirup dengan lahap, sekali sedut, hilang separuh gelas ke dalam perutnya yang boncit.

Tak cukup dengan telur goreng, dia pecahkan sebiji telur rebus yang memang sentiasa terhidang di atas meja. Dia sambung makan sehingga habis nasi lemak.


Dan dengan tergesa-gesa dia pergi ke kaunter bayaran.

" nasik lemak telur goreng satu, teh ais segelas...."

" RM 4.50..."


Dan lelaki itu berjalan pantas menuju ke keretanya dan memecut pergi.


Dari hari ke hari, ada satu perasaan yang kurang enak dalam benaknya. Apa yang dilakukan semua tak kena. Sembahyangnya tak khusyuk. Namun dia tak faham apa yang kurang kena kepadanya. Puas dia duduk memikirkan apa yang silapnya.


Selalunya jika hatinya kurang senang, pasti akan berlaku sesuatu. Itulah yang dia risaukan tetapi dia tak tahu apa puncanya.


Begitulah keadaannya sehinggalah seminggu selepas itu ketika dia makan sekeping roti canai dan segelas teh ais di restoran yang sama, dia terlihat telur rebus yang memang sentiasa terhidang di atas meja. Dia teringat kembali.


" Roti canai sekeping, teh ais... dan telur rebus sebiji "


Barulah dia lega...








.

5 comments:

tasekM said...

ooo...
memula td ingat ni cerita org tak puasa.
terlupa ke hape...



.

kucingorengemok said...

bagus juga ada rasa macam tu

Aku said...

TM,
ko pernah buka makan telur ek? yeay yeay...




KOG,
kalau tak biasa berhutang, camtulah rasanya... libang libu. Orang dalam cerita tu la..
bukan aku.

Hasri bin Hasfa said...

dejavu.
aku pernah. aku pernah. tp bukan lupa bayar telur.
tp, sbb tokeh terlebih bagi baki...



.

Aku said...

Sepa,
aku selalu jadi macam tu... lebih lebih lagi yang jenis " makan dulu, kira kemudian".

kalau dah kenyang, mana nak ingat lagi dah...