.
Aku pandang dia. Dia balas pandangan aku ballik. Aku tak punya apa-apa sedangkan dia punyai kenderaan. Kata putus tentunya ada pada si dia.
" kita beraya di sinilah. exam minggu depan. buang masa kalau balik pun." akhirnya, seperti yang diagak, dia putuskan begitu.
Maka, kami pun mendengar lagu-lagu raya di corong-corong radio di kediaman berlapis-lapis itu. Pada berbuka yang akhir di bulan Ramadhan, nasi kandar menjadi pilihan kami. Itu pun terpaksa keluar ke simpang jalan kerana kaum pekerja kantin sudah pulang, sibuk menganyam ketupat agaknya. Setiap butir nasi yang ditelan umpama butir-butir pasir yang menggores tekak sampai ke hulu hati.
Kerana tak ada persiapan untuk beraya, kami singgah di kedai runcit. Kami beli kacang goreng, maggi kari dan sebotol besar air oren FnN. Sebungkus rokok juga.
Malam raya itu, kami rayau-rayau sekitar pekan mendengar takbir berkumandang. Ya, hanya mendengar. Lewat tengah malam, kami pulang untuk bersedia menyambut paginya.
Dan subuh pun menjelang. Lalu kami perasan, kami tak punya baju yang sesuai untuk beraya. Usai subuh di bilik kami kembali memeluk bantal dan menemankan tilam.
Aku terjaga semula apabila matahari mula membahang. Aku jenguk jam loceng, pukul 10am lebih. Aku bangun lalu aku goyang-goyang bahu dia.
" wey.. selamat hari raya. bangunlah, jom cari ketupat..."
Tak berapa lama selepas itu, pintu bilik kami dibuka. Sekonyong-konyong sebatang tubuh yang kurus berkain pelikat dan berbaju T dan bersongkok menerpa masuk. Batang tubuh itu baru pulang dari bersembahyang raya.
" selamat hari raya.... bangunlah..."
Aku pasti, itu Sepa... yang baru hampir-hampir menjahanamkan sebuah motorsikal kawannya di simpang masuk kediaman kami, berhadapan dengan kediaman kaum puteri....
.
7 comments:
sepa dulu2 kurus eh...?
sekarang kemahen tembam pipi aku tgk.
hi sepa...
tembam tu comei ok...
:)
.
TM,
ko berahi kat ketembaman Sepa ke?
salam raya dino. bila balik kampiung.?
mem,
bukan kurus! tp handy he3
Sepa,
bila-bila aku nak boleh balik... lu pulak?
aku dah kategori sireh pulang ke gagang. nak balik kampung mendenya. cuma tempat kerja jauh sket 2jamsetengah hala ke belantara banjaran kapuas...!
Sepa,
wuihhhh.. jauh la tu.
Kalau aku pandu 2.5 jam tu aku boleh balik kampung. Tapi atas hiway la...
Post a Comment