Wednesday, January 25, 2012

Siri bercakap tentang syaitan yang direjam ... 3

.


Abang meninggalkan rokok daun yang masih berapi di ruang tamu rumah papan setingkat itu. Asap rokok tembakau cap kapal terbang memenuhi ruang tamu. Aku berasa kurang selesa walau pun aku juga seorang perokok, bau tembakau jenis itu amat kuat menyengkak kudup-kudup membau di dalam rongga hidung. Baunya terlalu pekat bagi aku.

Tak lama kemudian, abang keluar semula lalu menggamit kami berdua, memberi isyarat agar kami berdua masuk ke dalam bilik kecil itu. Aku pandang kakak lalu mengajaknya masuk dengan satu gelengan kepala ke arah bilik itu. Kami berdua pun bangun dan berjalan mendapatkan abang aku yang masih berdiri di muka pintu. Apabila mengetahui sessi perubatan telah bermula, kawan-kawan tuan rumah itu pun keluar lalu pulang ke rumah. Kini, yang tinggal ialah sepasang suami isteri yang seperti kami juga, mahu berikhtiar.


Tuan rumah masih duduk diantara dua sujud di atas sehelai sejadah manakala di bawah sejadah itu pula ada tilam kekabu nipis. Tuan rumah itu tunduk sambil berzikir. Abang mengambil tempat di sebelah kiri tuan rumah itu manakala aku dan kakak duduk bersila di belakang tuan rumah. Tiada apa-apa di ruang ibadat itu. Tiada dupa kemenyan, tiada geluk air, tiada limau nipis, tiada mayang pinang, tiada daun bambu, tiada keris purba, tiada pedang berkain kuning. Sungguh tiada apa-apa. Tidak seperti yang aku sering bayangkan apabila mendengar tentang perubatan alternatif. Tuan rumah hanya menggunakan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa tertentu, itu kata abang aku.


Kemudian, abang aku meminta kakak ceritakan apa musibah yang sedang dihadapinya. Kakak pun ceritakan tentang kesihatannya yang terganggu. Sejak kebelakangan ini bahagian kanan badannya terasa kebas-kebas, lebih-lebih lagi di waktu malam. Kakak beranggapan ianya ada kena mengena dengan gangguan yang berlaku di sekolahnya, seperti yang telah diceritakan kepada aku sebelum ini.

Tuan rumah tidak menoleh ke belakang pun, malah dia tetap dengan zikirnya. Abang menunggu jawapan dari tuan rumah denagn sabar. Beberapa minit kemudian, tuan rumah itu memberitahu abang yang gangguan itu sudah bertapak lama di dalam tubuh kakak, dalam bahasa Jawa! Aku terkejut kerana sebelum ini tuan rumah itu bertutur dalam bahasa Perak Hilir.

Katanya lagi, gangguan yang berupa jin sudah lama di dalam tubuh kakak sehinggakan tempat duduk jin itu sudah berlekuk. Abang tak perlu terjemahkan kata-kata tuan rumah yang kini dipanggil Pak Haji kerana kami semua memang memahami bahasa Jawa. Aku juga, cuma aku kurang cermat untuk membalasnya dalam bahasa Jawa pula.

Kemudian, Pak Haji menyuruh kakak cuba mendapatkan bantuan sesiapa yang mahir dalam hal-hal gangguan makhluk halus tapi kakak meminta Pak Haji cuba ikhtiarkan sahaja dulu. Lalu, Pak Haji meminta abang sediakan sedikit air tanah liat untuk dibuat minum manakala senduduk putih, sireh pasir dan maman pantai pula untuk dibuat mandi wap. Kemudian, Pak Haji teruskan zikirnya. Abang pun terangkan, kakak perlu minum air tanah liat itu nanti. Katanya lagi, air tanah liat itu sebagai simbolik bahawa manusian dijadikan daripada tanah dan akan menjadi tanah apabila mati. Selain daripada itu, air tanah liat juga baik untuk membuang racun-racun di dalam badan, sama seperti burung kakak tua dan haiwan-haiwan lain yang memakan tanah untuk menawarkan racun di dalam perut. Manakala bahan-bahan untuk mandian wap pula hanyalah untuk mengeluarkan kotoran selain daripada mendapat khasiat daripada tumbuh-tumbuhan itu. Kata abang lagi, senduduk putih itu istimewa kerana ianya mempunyai unsur mistik dan bersifat membuang benda-benda jahat.

Kakak bersetuju tanpa sebarang kerenah. Jadi, malam esok kakak perlu datang semula dengan bahan-bahan yang diperlukan tadi. Cuma kakak kurang mampu untuk mendapatkan senduduk putih. Abang kata, senduduk putih kebanyakkannya di jaga oleh kaum Bunian. Sebab itulah amat payah untuk mencari senduduk putih yang liar dalam kuantiti yang banyak. Sebanyak mana, tanya kakak. Lebih kurang setengah guni baja, siap diracik!


Abang meminta Pak Haji bertanyakan kawan ghaibnya, yang juga bergelar 'haji' untuk berbincang dengan kaum Bunian. Aku mendengar dengan jelas Pak Haji itu bercakap Jawa dengan kawan ghaibnya tetapi aku hanya mendengar suara Pak Haji, bukan kawannya. Bahan-bahan yang lainnya, abang akan tolong sediakan.

Tidak lama kemudian, aku dengar Pak Haji memanggil beberapa orang kawan ghaibnya lagi untuk menolongnya 'menangkap' makhluk halus yang telah bertapak di dalam tubuh kakak aku. Butir bicara mereka kurang jelas kerana aku bersila di muka pintu manakala TV masih bersiaran tidak jauh dari aku.

Yang aku dengar ialah "... nde e emmoh syahadat yo uwes, dipateni waelah (kalau dia enggan bersyahadat ya sudah, bunuh sahajalah)." aku terkejut. Semudah itu?

Kemudian abang berbisik kepada kami, apabila telah dibunuh, biasanya suku-sakat makhluk halus itu akan berdendam dan mungkin akan cuba memasuki tubuh kakak aku lagi. Sebab itulah kakak perlu mandi tangas untuk membuang 'bau' supaya mereka tak dapat mencari kakak disamping 'menutup' pintu supaya mereka tidak dapat masuk lagi. Buat sementara waktu, kakak diberikan sebotol air yang diambil dari kolah wudhuk di surau berdekatan dan telah didoakan oleh Pak Haji.


Setelah temu janji malam esok ditetapkan, kakak pun keluar dari bilik itu. Kini tinggallah aku dan abang menemani Pak Haji. Kenapa aku tak keluar? Kerana aku teringatkan hajat isteri untuk bertanyakan tentang telinganya yang bengkak dan sakit. Kami sudah berjumpa doktor pakar tentang masalah telinganya dan doktor mengatakan masalah itu berpunca dari rongga hidung. Dengan lebih jelas, isteri aku ada resdung. Doktor mengatakan dinding rongga hidung isteri aku bermukus dan itu menyebabkan jangkitan teruk pada telinganya

Lalu aku suarakan hajat aku itu kepada abang, kemudian abang ceritakan pula kepada Pak Haji dalam bahasa Jawa. Isteri aku tak ikut sama. Dia sedang tidur di rumah abang. Oleh sebab tu, Pak Haji meminta seorang kawan ghaib yang lain pergi ke rumah abang. Anehnya, mereka terus berbual secara jarak jauh. Pak Haji meminta izin abang untuk benarkan kawannya masuk ke rumah dan mendapatkan isteri aku yang sedang tidur di ruang tamu. Abang izinkan.


Kemudian, aku mendengar perbualan Pak Haji dan kawannya dengan tekun. Pak Haji memberitahu yang ada nanah di dalam telinga sebelah kanan. Aku terkejut kerana kawannya boleh tahu telinga di sebelah kanan dan dia juga tahu telinga isteri aku telah pun bernanah, seperti kata doktor pakar itu!

"Jajal diseroti nanah ee kuwi (cuba disedut nanah tu)." tiba-tiba Pak Haji menyuruh kawannya secara ghaib.

"Golek batang opo-opo la (cari batang apa-apalah)." Pak Haji terus berikan arahan secara jarak jauh. Perbualan seterusnya aku kurang faham kerana agak perlahan dan kurang jelas.

"Kok resdung iso nanah? (takkan resdung sampai bernanah?)..." Pak Haji pelik dan bercakap seorang diri. Kemudian Pak Haji seperti mengiakan beberapa kali. Rupa-rupanya, Pak Haji sedang bertanya kepada kawan ghaibnya yang sedang berada dengan isteri aku.

"Ooo... eneng seronggo cilik koyok tungo wes melebu nang kopeng, gatel. Eneng besol nang njero kuping ne, sakit kui lho... (Oh, ada serangga kecil macam tungau dah masuk ke dalam telinga, jadi gatal. Juga ada bisul kecil yang keluarkan nanah, itu yang sakit tu)." Pak Haji ceritakan apa yang berlaku. Sekali lagi aku terkejut kerana memang ada bisul atau jerawat kecil di dalam telinga isteri, aku lihatnya apabila doktor pakar itu memasukkan kamera ke dalam lubang telinga isteri.

Tak lama kemudian, Pak Haji berpaling ke arah abang lalu memberikan arahan, perlu sediakan pisang abu. Pisang abu itu nanti akan dibuat seperti pes atau bedak sejuk, dilumurkan disekeliling telinga agar sejuk dan bengkak itu surut. Menurutnya lagi, jika dah sejuk dan bengkaknya berkurang, sakitnya pun akan berkurang juga.


Apabila mendengar pisang abu, abang aku tersengih sambil mengatakan dia tak pasti boleh cari atau tidak kepada aku.

"Bukan ke banyak di sempadan tanah di belakang rumah?" kata aku.

"Payah nak cari. Tak tau ada atau tak lagi...".

Apabila mendengar keluhan abang aku, Pak Haji terus mencelah.

"Adhimu lho kuwi, di tolongin wae lah... susah-susah Haji golekke (itu adik kamulah, tolong sajalah... kalau payah sangat, biar Pak Haji yang carikan)." tegur Pak Haji.

Cepat-cepat abang menyatakan kesanggupan untuk mencarinya setelah ditegur oleh Pak Haji.
 Bermakna, malam esok aku perlu datang semula bersama-sama kakak. Aku pelik, apa yang payahnya untuk mencari pisang abu kerana aku tahu di sepadan tanahnya ada banyak pokok abu.

Barulah abang aku ceritakan, yang diperlukan bukanlah pisang abu tetapi empulur pisang abu. Batang pisang abu yang telah ditebang dan mereput perlu dicari. Kemudian, ditebang pangkalnya yang membusuk itu lalu dikorek empulurnya. Barulah aku tahu kenapa abang mengeluh tadi. Dimanakah kami nak cari tunggul pokok pisang abu yang telah reput?




.

19 comments:

Water Lily said...

Ah! Nyesal aku. Baca malam2 buta ni buat apa. Udah la pc dok bilik hujung ni huhuhu..

Nak tidur cepat la. Err..bukan takut. Esok kerja.

(ha..ha..tak nak mengaku)

tasekM said...

aku nak tanya.
kot pokok pisang tu dah tinggal tunggul...
macam mana nak tau itu pokok pisang abu ke... pisang awak ke...
tak reti aku nk beza.



.

Aku said...

Kak Lily,
Aiiyukkk... dia datang!
keh keh keh



TM,
dah pisang tu tumbuh berumpun. Kalau sebelah tu pokok pisang abu, tentulah sebelahnya pisang abu juga...

AZANI said...

semoga di permudahkan urusan serta pulih....

kucingorengemok said...

pak haji halau jin pakai jin..?

Aku said...

Azani,
mudah-mudahan...


KOG,
tak.. dia tak guna jin...
dia pakat-pakat dengan kawan2nya yang ghaib (rijalul ghaib?) semasa beribadat di Mekah...

kucingorengemok said...

jin la tu... kau ada ke kawan ghaib yang bukan jin? aku dengan tas? hahhaaha (kadang² macam jin jugak)

Aku said...

KOG,
entahlah... Pak Hajii kata dia tu manusia yang beranak bini tetapi telah dighaibkan secara tak sengaja semasa di Mekah... ada ceritanya.. nantilah dalam siri seterusnya... lepas tu bolehlah cari maklumat sama ada ianya boleh berlaku dan benar-benar berlaku...

AZANI said...

a ah , kog bila rijalul ghaib tu tak semestinya jin, tapi ia kategori makhluk juga , kuasa Tuhan...contoh khadam ayatul kursi...banyak yang nisbahkan dia makhluk...kategori mana , wallahu a;lam

Aku said...

Azani,
betul tu... banyak benda ghaib ni yang payah nak difahamkan...

kisah pak haji ni, satu hari tu semasa di depan kaabah, dia sedang baca al Quran.. sampai satu ayat itu, tiba-tiba dia menjadi halimunan... 2 malam dia tak dapat tidur memikirkan kenapa dia halimunan sehinggalah dia dapat jawapannya dalam ayat yang sedang dia baca ketiak dia hilang...

dan dia dapati, ramai yang menerima takdir yang sama seperti dia... dan dalam golongan dia itu, ramai juga para syuhada (katanya).

Dia kata, dia juga hidup seperti manusia biasa... makan, minum, berkawan.. cuma dia ghaib. KAlau dia nak menjelma semula, dia terpaksa memakai baju yang bertulis wafa' tertentu dan zikir tertentu... masa dia menjelma itulah, dia akan beli bekalan makanan asas seperti garam, gula, serbuk kari... (serbuk kari itu memang diceritakan sendiri oleh abang, bukan saja-saja aku tulis)...

AZANI said...

aku rasa aku pernah mendengar penerangan sbegini dari golongan yang "berjalan" ada kalanya naik gila aku mikirkan maksudnya, tapi benarlah hanya mereka yang "melalui" akan faham.

Aku said...

azani,
aku pun cuba nak fahamkan tapi payah nak faham kecuali sendiri rasainya...

tasekM said...

kog... ko pesal melibatkan aku nih...?
aku pari2 syurga ok..!

keh keh.



.

Aku said...

TM,
pari-pari boleh dimasak asam pedas... sedapppp!

sepa said...

brader, nak tanya. pasal org ghaib.
diaorg ghaib ngan baju2nya sekali ka? atau ngan segala benda yg bersentuhan dgnnya. atau hanya orgnya jeh, tp baju2nya tertinggal. err... cam dlm criter invisible man.?!

*aduh... aku konpius.

AZANI said...

makan pari pari macam makan kelekatu
makan ikan pari tu yang sodap

Aku said...

Sepa,
entahlah.. aku rasa apa yang bersentuhan sekali kut




Azani,
haah.. betul tu... hahaha

mamasoffy said...

Ha ha..seronok pulak baca conversation dalam bahasa jawa dalam entri ni. Saya boleh bayangkan dengan muka2 Pak Haji tu macamana..

* selalu ne..seng kayo iki wong seng nganggo jin..tapi mbohlah nek orak...

Aku said...

mamasoffy,
kui la... koyone nganggo jin tapi de e ngomong orak jin. rijalul ghaib... mboh la, nyong rak reti ...