Monday, January 30, 2012

Siri bercakap tentang syaitan... 6

.


Malam itu, aku menanti dalam debaran. Pelbagai arca terbentuk dalam fikiran, bermula dari wajah orang yang menyelap sehinggalah kepada arca-arca syaitan yang mungkin menjelma dari kepulan asap nipis. Pelbagai acara juga bersilih ganti menerpa ruang kepala, bermula dari gelagat cemuh-mencemuh sehinggalah kepada gelagat ancam-mengancam. Semua terhasil daripada imaginasi yang aku perolehi daripada bacaan-bacaan mistik sebelum ini.


Bermula dari jam 9:00pm, mata aku akan kerap melihat jam dinding. Lebih hampir kepada jam 11:00pm, lebih keraplah aku menjeling. Aku tunggu kakak telefon aku. Namun dalam hati, aku berharap yang dia tidak jadi pergi ke rumah papan itu. Aku amat berharap dia batalkan hasratnya berjumpa dengan Pak Haji. Kerana apa? Kerana abang telah bercerita tentang dendam si syaitan. Apabila seekor syaitan terbunuh atau diusir, berpuluh lagi akan datang untuk membalas dendam kerana memang sifat binatang-binatang keji itu kuat berdendam. Kalaulah abang, aku rasa dia tak kisah pun kerana Pak Haji akan tolong hapuskan lagi. Bagaimana pula dengan kakak? Bagaimana pula dengan aku? Aku risau jika suku-sakat syaitan itu berdendam dan menyerang aku ketika aku di Shah Alam. Aku amat risau walau pun sakit isteri aku bukanlah berkaitan dengan kerja-kerja syaitan, potensi aku sebagai sedarah-daging dengan kakak dan abang akan menjadikan aku tempat untuk melepaskan dendam dan marah mereka. Itu yang aku takut.


Aku ada Tuhan. Ya, aku ada Tuhan yang juga Tuhan kepada syaitan-syaitan itu. Masakan mereka itu tidak takut kepada Tuhan mereka? Setahu akulah, sesetengah manusia yang tak takut kepada Tuhan manakala syaitan malahan Iblis sekali pun takutkan Tuhan. Manusia-manusia yang tak takut Tuhan itu termasuklah beberapa Firaun yang bukan sahaja tak takutkan Tuhan malah mengaku diri mereka itu Tuhan. Bukan setakat itu sahaja, ada juga yang mencabar Tuhan.


Jam 11.15pm, aku dikejutkan oleh alunan muzik dari telefon bimbit aku. Kakak aku telefon, katanya dia akan sampai ke rumah abang (tempat aku bermalam) sekejap lagi. Aku pun bersiap-siap apa yang sepatutnya. Barang-barang yang perlu aku bawa telah pun dimasukkan ke dalam plastik.

10 minit kemudian, sebuah kereta sampai di depan rumah. Aku pun capai kunci kereta dan bungkusan plastik tadi, dan keluar. Aku terus berjalan menuju ke kereta.

"Tak payah." jerit abang ipar aku dari dalam keretanya.

"Haaa?" aku meminta kepastian sebenarnya.

"Naik kereta kami je lah." pelawa abang ipar.

"Abang ikut sekali?" aku bertanya lalu dijawab dengan anggukkan kepala abang ipar.


Malam semalam, abang ipar tak dapat turut serta kerana penat. Dia telah tahu yang prosedur Pak Haji memang lama dan dia tak sanggup menunggu tanpa tertidur. Malam ini, mungkin dia telah berehat petang tadi, dia ingin mellihat sendiri bagaimana isterinya akan dirawat untuk penyakit mistik itu. Kakak berpindah tempat duduk  untuk duduk di belakang manakala aku pula mengambil tempatnya di tempat duduk di sebelah pemandu. Beberapa saat kemudian, kereta Wira abang ipar pun meluncur perlahan-lahan membelah dada malam menuju ke rumah Pak Haji yang terletak lebih kurang 7km dari rumah abang.


"Fuhhh.. lega!" kata aku.

"Kenapa?" kakak bertanya.

"Tak payah hantar kakak ke rumah tepi hutan tu." jawab aku.

"Kenapa, takut? Hahaha... badan je besar, hati kecik macam semut." perli kakak.

"Alah... kalau semangat kuat dan tak takut, tak ada benda yang nak ikut." tambah abang ipar.

"Masalahnya, tak nampak benda-benda tu. Kalau bergaduh tak adil sebab dia nampak kita tapi kita tak nampak dia."


Sepanjang jalan ke rumah Pak Haji, kami bercerita pasal cerita-cerita seram dan aneh yang berlaku di sekolah kakak di Sungai Buaya, Rawang. Cerita asal-usul bagaimana sekolah itu berhantu tetapi masalahnya, sakit kakak itu tak ada kena mengena dengan gangguan di sekolahnya. Itu yang peliknya. Menurut Pak Haji, makhluk halus yang mendampingi kakak telah lama di dalam tubuhnya. Kakak malas nak tuduh sesiapa. Apa yang penting, benda tersenbut kena dikeluarkan segera kerana ia sudah mengganggu urat saraf kakak sehinggakan kakak mengalami kebas-kebas di sebelah badan.


Kebetulan pula, seorang lagi abang ipar terpaksa dimasukkan ke hospital Manjung petang tadi kerana disyaki mengalami strok. Mukanya terasa kebas dan pertuturannya kurang kemas. Patutlah sehari dua ini dia tak ceria seperti selalu. Petang kelmarin, abang ipar yang itu lebih banyak mendiamkan diri di kenduri kahwin anak saudara di Langkap. Dia banyak menyendiri dan duduk seorang diri. Rupa-rupanya dia tak sihat. Jadi, isterinya telah berpesan kepada kakak untuk tanya Pak Haji tentang kesihatan suaminya itu.


Bermakna, malam ini kami ada 3 kes yang akan diutarakan kepada Pak Haji: sakit telinga isteri aku yang aku anggap lebih kepada meminta petua atau ubat kampung, makhluk halus yang mendampingi kakak dan sakit abang ipar di Manjung yang dipercayai terkena strok.


Dan kereta kami terus membelah embun yang mula menitis....






.

9 comments:

tasekM said...

kakak ko rasa kebas2 je la...
diganggu mcm ternampak2 benda bukan2 tak ada...?



.

Aku said...

TM,
selain dari kejadian di sekolah tu, tak ada la pulak diceritakannya....

ko ada rasa kebas-kebas kat tangan atau kaki tak?

tasekM said...

tak ada.
tapi aku ada gangguan masa nk tidur la.
aku semak tau.

kdg2.
bila nk terlelap.
aku dapat rasa ada benda dtg.
aku siap kena bangun.
ambil yasin or quran bawa tidur.

baru ok.



heh.




.

Aku said...

TM,
tu la.. aku rasa memang ada benda nak menempel dgn ko ni...

cer baca Yasin setiap hari 40 hari (tak dapat berturut, suh laki ko buat). pastu setiap kali lepas sembahyang, baca la ayatul kursyi.

jadikan ayatul-kursyi tu snek harian yang bila lapang2 sambil memasak tu ko baca 4-5 kali...

harap2 bende tak baik tu terasa panas dan menjadikan ko tu perumah yang sungguh tak selesa...


cubalah... kepada siapa lagi nak minta tolong kalau bukan kepada Allah?

Aku said...

errr... komen aku tu ada gaya2 pengamal perubatan Islam tak?
hehehe

tasekM said...

ko tukor nama jadi aeron din sesuai nih... hehe.

baik.
baik.

aku akan cuba tu...





.

Aku said...

TM,
Hah.. betulk gak tu... Aeron Din al-Nafiz.... keh keh

sepa said...

kejap.

aku nak sajes. apa kata...

Aeron Din al-Aziz

:)

Aku said...

Sepa,
apa-apa pun boleh sebab aku ni tak punyai satu nama... aku ada banyak nama... keh keh keh