Sunday, January 15, 2012

Mimpi yang hilang bersama-sama sinar neon yang terpadam...

.


Mimpi Tuan Sinister terganggu lagi buat kali yang entah ke berapa. Dia sendiri tidak tahu entah kali yang keberapa ia. Setahunya, kalinya terlalu banyak, sebanyak malam-malam yang telah dia lalui. Malam-malam yang sejuk dan pekat. Pekat sungguh tanpa bintang-bintang yang sepatutnya disingkap oleh Bimasakti. 


Mimpi itu indah. Mimpi itu satu realiti kepada yang sedang bermimpi. Mimpi itulah yang menjadi dambaan Tuan Sinister. Tanpa mimpi, seolah-olah tidurnya terlalu singkat, tidak puas. Tanpa mimpi manakan boleh Juliet datang masuk ke biliknya. Manakan boleh Juliet menjelmakan dirinya dari kabus malam, muncul dari embun malam. Muncul tanpa sehelai pakaian.


Juliet itu makhluk yang indah. Dia sarapan yang enak diawal pagi. Tanpa Juliet, sarapan Tuan Sinister terasa seperti emping kering kosong tanpa susu. Terlalu perit untuk dikunyah, apatah lagi untuk ditelan.


Di satu sudut mimpi yang lain, Malim sedang enak menikmati kehangatan, dia diselimuti gebar mimpi yang indah. Indah bersama-sama Juliet yang menjelma dari sinaran lampu neon yang kuning. Sinar lampu neon yang menerobos masuk melalui celah-celah jeriji dan tingkap kaca yang terbuka. Sinar neon yang membawa Juliet masuk ke dalam mimpi Malim.


Juliet yang menyelinap masuk ke dalam gebar Malim, yang memeluk Malim, yang mengucup Malim, yang ...


Dan malam itu, sehinggalah ke subuhnya, Malim memeluk Juliet sehinggalah sinar neon terpadam menandakan hari telah siang, menandakan Juliet juga telah hilang...





.

3 comments:

sepa said...

Kecubung dah sampai, brader.

baru jeh baca 'prolog' aku dah tergelak. ada ka patut, si Tazs tuh bernama penuh Mumtaz Begum... kahkahkah...

tasekM said...

juliet yg menyelinap masuk...?
gatal juliet!

:p




.

Aku said...

Sepa,
haaa.. baru ko tau nama sebenar dia tu.. keh keh keh...




TM,
takpe... aku sukee..... hahaha