Monday, October 31, 2011

Watak ketiga.... projek buluh kasap.. nampak asaaaappp ja.

.


Seorang gadis kecil molek, berbaju kurung lengannya sampai ke separuh tapak tangan, bertudung ringkas berjalan menghampiri sebuah meja di laluan utama pasaraya itu. Meja itu penuh dengan helaian kertas dan jadual-jadual yang menunjukkan keuntungan dan pelaburannya.

 Langkahnya kecil-kecil, sungguh comel. Wajahnya manis mata memandang walau pun tanpa mekap yang tebal-tebal, tanpa gincu yang merah-merah. Sangat 'simple'.



Seorang wanita berpakaian sendat dan anggun bangun lalu bersalaman dengan gadis itu. Gadis itu teragak-agak untuk hulurkan salamnya. Sebelum itu, dia tarik lengan baju kurung yang menutupi tapak tangan yang mulus.


" nama adik siapa? " tanya kakak yang jaga meja itu.

" mmm... nama penuh Kojiratus Saudah. ringkasnya, KoG "

" adik ada masa? takpe, adik duduk dulu. kakak nak berikan penerangan.." belum pun sempat gadis itu cakap, kata-katanya telah di potong.

" baiklah... kakak tak jual insurans. maksud kakak, bukan jual insurans yang biasa-biasa. ini insurans plus pelaburan sekali... bla ... bla.. bla..  untung... bla.. bla.. untung lagi ... bla... bla... bla... untung besar-besar... bla.. bla... "


Bagaikan keretapi hilang pemandu kakak itu bercakap tentang perniagaannya. Gadis itu semakin resah. Gelisahnya terpancar pada wajahnya yang berkulit kuning langsat.

" macam mana ? " kakak tu bertanya

" kakak bercerita kompleks sangat la..." gadis itu berkata dengan nada segan silu.

" eh, ingat tadi adik berminat nak tahu..." muka kakak itu sedikit berubah.


" saya cuma nak tanya, tandas kat mana... itu saja..." lalu gadis itu bangun meninggalkan meja.






.

8 comments:

AZANI said...

wakaka....tepat smash nya...bravo kog...bravo ronmamatkhalid

Tijah said...

oit cepat la sambung

tasekM said...

jawa sgt nama nih... kena sekeh dgn kog ni kang.




.

Aku said...

Azani,
Aku takut nih... kalau KOG mengamuk caner???



Tijah,
Ini bukan cerita... sketsa ni tak masuk pun dalam cerita. Cerita tu belum aku tulis lagi.. keh keh keh.




TM,
KOG bukan orang jawa ke?
kenalah nama watak tu... Kojiratus saudah... dah tu yang paling hampir dgn Ko-G (sebut Ko-ji).... hahaha

Tijah said...

kojiratus saudah. aku rasa ko kena revise blk watak tu. sbb sikitttt nak sama macam habbatus saudah.

Aku said...

Tijah,
Alaaa.. aku letak je dulu. Nanti aku cari yang paling sesuai...

tapi kan,watak Kathy tu agak-agaknya masuk tak dgn imej seksi2 tu?

Tijah said...

mmm...belasah je la. huhu

Aku said...

Tijah,
wakakaka... meletop ko! hahaha