Sunday, October 30, 2011

Aku rasa macam nak buat projek baru la....watak pertama

.

(sedikit sedutan sesi pengenalan watak dari cerita yang aku belum mula tulis dan masih tanpa nama)




... wanita itu mengusung lengannya yang berasa sengal ke hulu ke hilir di klinik milik penuh kerajaan 1Malaysia itu. Mukanya berkerut-kerut menahan sengal yang menjalar dari bahu membawa ke hujung jari hantu. Dia tak sedap duduk kerana menunggu agak lama, oleh sebab itulah dia berjalan ulak-alik di depan meja yang sepatutnya ada seorang pegawai perubatan di situ.


... seorang pegawai perubatan yang berpakaian putih bersih keluar dari bilik lalu duduk di meja itu. Melihatkan wanita yang dari tadi asyik berjalan tak keruan, dia gamit wanita itu.


" sila isi borang ini dulu " kata pegawai perubatan itu sambil mengunjukkan sekeping borang kecil dan sebatang pen.



Wanita yang sengal tangannya itu menuliskan namanya. Sekejap matanya pandang kakak pegawai perubatan itu, sekejap dia benamkan mata pada borang itu.

" Tazs ? " tanya kakak pegawai perubatan sambil kerutkan dahinya.

" boleh tulis nama penuh ? Di sini tak ada nama glamer-glamer  ya..." kakak pegawai perubatan itu unjukkan borang yang baru.


Wanita yang sengal tangannya itu memandang tepat muka kakak pegawai perubatan itu dengan mulut yang diketap-ketap. Nampak ganas sungguh wanita itu, tak padan dengan lengan sengalnya langsung. Setelah nama penuhnya ditulis, dia berikan borang itu kembali kepada kakak pegawai perubatan itu.


" Mumtaz Begum ? Ooo... Tazs tu dari Mumtaz lah ek? " kakak pegawai perubatan itu sedikit tersenyum.


" Mumtaz begum... " kakak itu panggil wanita yang bernama Tazs itu.

"... boleh berikan passport ? Err... maksud saya Kad Pengenalan Malaysia "  sambungnya.


Tazs, wanita yang masih sengal bahunya itu, mengeluarkan sekeping kad lalu memberikannya dengan tangan kiri... manakala tangan kanannya dikepalkan membentuk penumbuk....lalu disuakan ke muka kakak pegawai perubatan itu. Sungguh ganas.








(Ini baru teaser.. keh keh keh...)

.

7 comments:

sepa said...

la ni org dah pakai myKad yg rupe kad kredit berchip, ye dak...!

tasekM said...

skreeeeeeeetttttttttttttt...!
*cakor lantai*

watak diluluskan.






yang benor,
Tas a.k.a Tazmania


.

Nizam.Ariff said...

Sepa,
dah nama pelik macam tu, takut geng-geng malabari macam Mun tu... kakaka



TM,
Ko memang ganazzzzzz.. keh keh keh...

asyikla nak mencakor jer kejenyer. Ko buat la gitu gayenyer.. aku simpan buat karekter ko, tau tak nih? kakakaka...

aza ni said...

intro menarik...tk sbr skrip sepenuhnya...

Nizam.Ariff said...

Azani,
ini bukan intro pun. scene ini tak ada pun dalam cerita asal...

kucingorengemok said...

taszbih nama dia ni... tangan dia sengal tu banyak berzikir gentel tasbih

Nizam.Ariff said...

KOG,
Kakaka.... Cantik gak nama tu.. Sharifah Tazsbih Ak-klakan