Wednesday, March 9, 2011

Mimpi Cendawan Gemuk, apa tafsir...

.


Aku bermimpikan cendawan.

Malam tadi, aku berjalan pulang dengan Emak dan arwah Bapak dari suatu tempat. Bapak suruh ikut jalan pintas, makanya kami perlu berjalan melalui hutan yang agak tebal untuk pulang.

Hutan itu memang redup, nyaman. Pokok-pokok memang besar-besar, dahan dan daunannya merimbun lebih dari 50 kaki di atas, menjadi kanopi. Di lantai hutan itu, tak banyak rimbun samun dan renek. Hampir tiada. Maknanya, lantai hutan itu lapang, batang-batang pokok yang besar-besar itu nampak jelas.

Lantai hutan itu ditutupi pula oleh rumput tutup bumi, daun-daun kering dan yang paling banyak ialah Pokok Kadok. Lantai hutan itu hijau dan perang. Ada beberapa busut kecil dan dahan-dahan reput.

Jalan yang kami lalui itu cuma selebar 5 kaki dan sedikit lecak, jalan tanah merah dan kelabu.

Di sepanjang tepi jalan itulah aku lihat banyak cendawan tumbuh. Besar-besar juga. Bapak suruh kutip, aku pun kutip tetapi aku tak tahu sama ada ia jenis beracun atau tak sebab bentuk cendawan busut itu besar-besar, batangnya sahaja sebesar ibu jari. Memang gemuk-gemuk. Tapi Bapak kata boleh dimakan. Jadi aku kutip dan aku bawa pulang.


Di rumah, isteri masak cendawan itu tapi aku was-was, aku takut mabuk pula. Jadi, aku cuba dulu beberapa sudu. Memang sedap dan selang beberapa jam, aku tak mabuk. Jadi, kami nikmati hidangan cendawan malam itu.


Esoknya, aku ajak isteri untuk pergi semula ke hutan itu dan kami ambil lagi cendawan itu.

Rasa cendawan itu masih terasa di mulut walau selepas terjaga dari tidur.


Sedap.





.

7 comments:

kucingorengemok said...

rezeki yang sederhana tapi halal, lebih besar berkat dan nikmatnya

tasekM said...

gila laju meow nih...

aku dulu pun rajin kutip cendawan. tapi tak makan la.




.

Nizam.Ariff said...

KOG,
Itu ke tafsir mimpi tu?
Bukan cendawan tu cerit apasal mabuk-mabuk ke? hahaha

TM,
Meow suka makan cendawan... tu laju.
Pesal tak suka makan cendawan?

tasekM said...

takut racun.
cendawan tiram beli kat sopomarket kemahen lagi aku cekik.




.

Nizam.Ariff said...

TM,
Boss aku kata, cendawan tumbuh kerana persekitarannya segar dan baik. Kalau tak baik, dia tak tumbuh. Jadi, cendawan juga penunjuk aras ekologi.. hahaha

ckLah @xiiinam said...

Nak dapat anak ramai ...bak peribahasa bagai cendawan tumbuh selapas hujan.

Nizam.Ariff said...

cklah,
Ooo..kena selalu makan cendawan la kalau gitu... hahaha

Nak dapat anak berkualiti pulak?