Monday, January 10, 2011

Akukah itu?

Seperti Kedidi di gigi air
melihat bayang-bayang yang terserlah
melihat diri yang payah
keseorangan

Merasa sejuknya air itu
nafas tersangkut menahan gigil

Dan Kedidi tidak mahu terbang
kerana Helang berlegar di atas sana.




.

2 comments:

ashley said...

Kedidi bukan tidak mahu terbang
cuma menghela nafas buat seketika
kedidi punya hasrat untuk melayah
bebas lepas di angkasa luas..
.
.
kerana helang akan beredar
dan takkan mampu menunggu lama

Aku said...

ashley,
Aku harap pun helang tak berlegar lama-lama... biarkan semuanya berlalu dengan tenang dan selamat...