.
Emak terbatuk-batuk lemah. Jali tahu, tubuh kurus Emak semakin tak mampu menerima derita sebegitu. Derita batin, tentang kerinduan, tentang keseorangan.
Julia terpa Emak yang mengiring sambil terbatuk-batuk itu. Dibiarkannya pintu almari itu terbuka, menampakkan segala isi yang masih tinggal selepas pemergian Ayah.
Jali mengecilkan matanya. Jali renung almari itu. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya, sesuatu yang telah lama dia tidak lihat. Jali ingat telah tiada. Sungguh tidak disangka rupa-rupanya ada tersorok di dalam almari Ayah.
Julia mengambil alih memangku Emak daripada Jali. Dibiarkan Jali pergi kepada almari itu, yang pintunya kini terbuka luas. Angin tengahari itu terasa panas dan kering. Musim hujan belum tiba. Dan angin kering itu juga menyibak langsir-langsir kusam di bilik Emak.
Jali seluk ke dalam almari itu...
.
10 comments:
Emak tu pun batuk batuk macam aku batuk ni ker...
.
.
.
ishhhh terasa benar dah macam EMAK!
Akak memang dah emak kan? Hehehe..
Tak kan tak elok lagi, dah seminggu kan?
ya ampun... lamanya aku tak amsuk sini. ok. aku komen dulu. lepas ni aku nak baca. dari kompang episod 4.
ok. aku dah baca. oleh kerana aku nk tau apa yg ada dlm almari tu, sila sambung cepat.
:)
Aku pun tengah pikir, ada apa dalam almari tu... hehehee
Ko tolong la pikir sekali...
3:38 am jawab komen? pasal apa tak tidur lagi nih....? ni ada yg pengsan kat ofis ni kang...
.
cis. ni setting waktu zibabwe ke mana nih...? he he.
.
Hahaha....
Tapi masih pagi-pagi lagi tu..
tak de maknanya.. time aku mengomen tu 12:33 am lebih kurang pukul 3 lebih waktu malaysia. petang. bermakna time ko balas komen 3:38 am tu lebih kurang pukul 6 lebih la. petang.
aku bab2 matematik dan penaakulan mantik ni SGT cerdik ok.
hahahaha...
:P
.
Tasek...
Hahahaa.... baru nak eksyen sikit dah kantoi..
Post a Comment