Sunday, June 14, 2009

Kompang: Episod 5

.

Tengah hari itu, Jali bergegas ke bilik air untuk mandi. Jali bersihkan badannya dari sisa-sisa selut yang melekat semasa berjalan-jalan di atas batas sawahnya. Dia tunduk mencari-cari pacat atau lintah kalau-kalau ada melekap pada kaki-kakinya. Kalaulah ada, Jali akan bubuh air sabun pekat-pekat padanya supaya ia pedih dan tertanggal dari lekapan. Jali juga boleh tampalkan tembakau Cap Semut padanya. Bila pacat atau lintah telah tertanggal, kesan tempat hisapannya akan terbit darah. Kalau darah masih mengalir, Jali boleh tampalkan daun kapal terbang atau daun ulan-ulan. Kalau Jali malas nak keluar mencari daun-daun itu, dia boleh tampalkan dengan kertas tisu atau cebisan kecil kertas suratkhabar.


Nasib baik tiada pacat atau lintah yang melekap menghisap darah. Jali boleh terus mandi dan bersabun. Kemudian, Jali genggam padat-padat pucuk jambu batu yang dia ambil semasa pulang dari sawahnya. Jali bertinggung di atas lantai simen yang agak kasar lalu dia menggesek-gesekkan pucuk jambu batu itu pada lantai yang bersimen kasar itu, seolah-olah memarut gayanya. Kemudian, Jali kaup serbuk pucuk jambu batu yang bercampur air itu lalu disapukan pada mukanya. Jali buat pucuk jambu batu seolah-olah 'facial scrub'. Selebihnya, Jali gosokkan pada ketiaknya.


Sudah hampir masuk waktu Zohor. Jali perlu pergi ke majlis kenduri di rumah jirannya lepas Zohor. Dia dijemput untuk turut serta berkompang. Sebenarnya, Jali bukan beria-ia sangat untuk bermain kompang. Dia mahu pastikan siapa yang bermain nanti. Kumpulan mana yang berkompang itu. Jali perlu tahu semua itu kerana tradisi itu telah diteruskan oleh orang lain semenjak Ayah tiada. Walaupun kesemua kompang buatan Ayah masih ada di bilik Emak tetapi Beduknya telah tiada. Beduk Ayah telah dipinjam orang dan tak dipulangkan sehingga kini. Itu sudah lebih setahun lamanya. Beduk itu Ayah punya. Bukan boleh senang-senang diambil begitu sahaja. Beduk adalah elemen penting dalam Kompang Jawa.


Jali capai tuala. Kedengaran suara orang melaungkan Azan dari surau. Waktu Zohor sudah masuk...




.

7 comments:

ashley said...

Ha ha ha nak tergelak juga baca mandi gosok ngan daun jambu..orang lelaki buat Facial juga ke?..

kalau anak dara, pakai daun bunga raya..

ashley said...

Beduk tu dah dapat balik dari pemimjamnya ke belum..

hmm..

bila la nak siap cerpen ni kan?

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Pucuk jambu batu aku selalu buat, kelat muka buang minyak.

Ashley,
Tungguuu...
Minggu depan aku nak balik kampung, nak cari idea lagi... hehehe

ashley said...

Usai Solat, zali bercadang hendak ke majlis kenduri jirannya. dia juga ingin bersemuka dengan pemimjam beduk ayahnya.

'Hmmm..tak boleh jadi macam ni..permainan kompang tak akan menarik jika tiada bunyi beduk dipalu... "


.
.
.
.
.jeng jeng jeng..aku tambah ikut suka aku ek..

ashley said...

Apakah yang terjadi kepada Zali ini? Aku agak dia tak sempat nak cari beduk tu..... ?
.
.
.
.
.
Zali ubah fikiran. Di balik semula ke kota di mana terdapat bangunan yang mencakar langit..
Hati Zali luluh mengenangkan Beduk kesayangan ayahnya...

'Ayahhhhh..."jerit Zali sambil matanya merenung jauh melihat kotak kotak kecil yang bertaburan di kaki bangunan pencakar langit itu.
Hanya deruan angin yang menyapa jeritannya.

"Ayahhhhhh..."katanya..
"Maafkan aku kerana tidak dapat menemani Ibu!" bisik hatinya.

Lantaran itu bunyian kompang terakhir minggu lalu adalah bunyian kompang mengiringi pasangan ibu dan jirannya...
Ya..kenduri jirannya itu juga kenduri IBUnya..
.
.
.
.
.
.
ha ha ha ha

.........kompang VERSI aku!
sekian.

Nizam.Ariff said...

MAKKK AAAIIIi!!!

Itu 180 degree korner tu... tapi ending yang bagus! Jali gagal!

ashley said...

he he he..
macam REAL STORY pulak!!