Monday, March 18, 2013

Tubuh Aku Bocor

.



Aku tarik nafas dalam-dalam, lalu aku tahan
Tetapi angin dapat membolos perlahan
Oh! Tubuh aku sudah banyak lubangnya
Bocornya ada sini sana. 

Aku cuba menahan perit siksa 
Dikala rempuh asmara memuncak tiba
Aku tanamkan semua noda
Ah! Masih bernadi dosa rupa-rupanya

Aku biarkan tubuh aku mengempis
Sehingga nafas aku hilang habis
Semoga nadi dosa terhenti
Bersama-sama titik noda di hati






.

4 comments:

smbotak said...

Jangan lupa 'flush'kan dosa-dosa yang kau singkirkan tu...

Nizam.Ariff said...

SM,
Oh ya....
kena bersihkan untuk orang lain guna ek... hahaha

sepa said...

ok la bocor, tak le boroi. hehehe

Nizam.Ariff said...

sepa,
kut la bocor kat perut... kalau bocor tang kepala?