Friday, November 16, 2012

Puisi untuk Palestine

.


Bumi itu subur tanahnya tetapi yang hidup amat gersang di atasnya
asap dan pasir dibawa ribut kencang, api taufannya ditiup marak dari Barat
Bumi itu hamis dengan darah tetapi bumi itulah juga yang direbutkan
puing-puing bukti noda dan dosa sudah jelas
namun mata-mata tertutup rapat untuk melihat
demi melindung pasir yang ditiup taufan dari Barat

Dahulu, bumi itu indah dengan para anbiya'
kini, ia riuh dengan jeritan mortar dan raungan anak-anak
Nyawa, kalau dulu panjangnya diukur selunjur pedang
kini, ia terbang dari selaras senapang

Merpati hijau
Kalau suara aku boleh menyebabkan kau bersedih
Kau ambillah nyawa si anak kecil
kau simpanlah pada paruhmu
Kau ambillah nyawa pejuang-pejuang
kau simpanlah dalam perutmu
Kalau getar nadi simpati aku boleh menyebabkan kau menangis
Kau terbanglah ke awan
Kau koyakkan layar hitam hujan
Agar merenjis subur jasad-jasad yang terbujur
Kembali hidup menatang lastik dan batu
Semangatnya akan kekal hidup dan menjerit lagu perang
Hingga ke akhir zaman.





.

6 comments:

sepa said...

...mengingatkan aku pada movie Kingdom of Heaven (2005).!

Nizam.Ariff said...

sepa,
aku dah tak pandai tgk muvi lately... huuhuu

Iffah Hidayati said...

:)

HubbuLillah said...

mohon diizinkn untuk digunakan dalam flashmob???mohon dapat beri maklum balas secepatnya

Nizam.Ariff said...

Iffah Hidayati,
;)



HubbuLillah,
Ya, aku izinkan untuk kamu guna.
Sila nyatakan sumbernya dari blog ini. Terima kasih.

HubbuLillah said...

terima kasih..maaf,, x jdi nk guna sajak ini..kawan dah jumpa sajak len..terima kasih sekali lg..teruskan berkarya ^^