Sunday, February 5, 2012

Siri bercakap tentang syaitan ... akhir.

.


Aku lihat abang masih duduk bersila di sebelah Pak Haji yang tunduk sambil berzikir perlahan. Kakak dan suaminya merapati belakang Pak Haji yang masih duduk di atas sehelai sejadah menghadap ke kiblat. Malam semalam pun Pak Haji tidak pernah beralih badannya, tetap di atas sejadah itu sambil duduk seperti duduk diantara dua sujud dan tetap pula menghadap kiblat. Jadi, aku ambil kesimpulan bahawa sepanjang proses pengubatan, itulah kedudukan Pak Haji. Tidak berubah.

Aku ambil tempat aku di muka pintu sahaja kerana bilik itu agak kecil. Kakak dan suaminya juga terpaksa berhimpit sedikit. Romantik juga pasangan itu. Tak lama kemudian, abang minta kakak berikan air tanah. Kakak toleh kepada aku, baru aku teringat air tanah yang abang sediakan pagi tadi masih beradan di dalam beg plastik yang aku bawa tadi. Aku pun keluar ke ruang tamu lalu mengambil beg plastik itu. Aku suakan beg itu kepada kakak dan kakak pun suakan pula kepada abang. Abang keluarkan bekas plastik yang berisi air tanah kepada Pak Haji.


Pak Haji doakan air tanah itu dalam 10 minit lamanya sebelum menyerahkan semula kepada abang tanpa menoleh pun. Abang ke dapur sebelum masuk semula sambil menatang segelas air masak.

"Minum air tanah ni dalam 2-3 teguk, lepas tu bilas tekak tu dengan air masak ni." arah abang.

"Boleh masuk ke?" kakak teragak-agak.

"Tu sebabnya kena tolak dengan air masak ni." desak abang.


Kakak tak ada pilihan lain lagi. Kakak teguk air tanah itu sedangkan aku pula terasa seperti hendak muntah, tekak aku terasa berlendir mahu muntah. Seperti tak percaya, kakak habiskan air tanah itu dengan sekali nafas sahaja. Ada sedikit air tanah meleleh di bucu bibir kakak. Cepat-cepat kakak sulamkan dengan air masak. Aku terasa seperti kakak baru menelan air tanah yang bercampur cacing tanah. Jahat sungguh fikiran aku.


Kemudian, abang menyuruh aku ambil guni-guni yang berisi daun-daun dan keratan batang senduduk putih. Akuk berulang-alik ke ruang tamu dan bilik itu untuk menyerahkan bahan-bahan yang diminta. Sekali lagi Pak Haji berdoa panjang dan abang pula membaca surah Yaa-sinn lagi. Guni-guni tadi diletakkan di depan Pak Haji.


Setelah 15~20 minit, Pak Haji sudahkan doanya. Abang berikan pesan kepada kakak yang semua bahan-bahan tadi perlu dibahagikan kepada 3 bahagian untuk direbus. Setelah direbus, kakak perlu berkelubung di atas periuk seperti andi wap. Kakak perlu lakukan 3 kali; sebelum matahari terbit, sebelum masuk waktu Zuhur dan sebelum matahari terbenam. Setelah mandi wap, kakak perlu bilas dengan air sejuk dan badannya digosol dengan akar sintok; dan pastikan semua air rebusan bahan-bahan tadi dan mandian kakak tadi dialirkan ke longkang atau lebih baik ke tanah. Bahan-bahan tadi tak boleh disentuh dengan tangan, kakak kena guna plastik untuk kumpulkan kesemuanya dan dibuang. Kakak dan suaminya mengangguk tanda faham.


Kini tiba giliran aku pula. Abang keluarkan serat batang pisang abu reput yang telah direbus pagi tadi lalu diserahkan kepada Pak Haji. Pak Haji doakan bekas plastik itu selam lebih kurang 10 minit. Kemudian, bekas itu diserahkan semula kepada abang.

"nganngone koyo popor.. koyo bedak sejuk. Disapu nang telingane." kata Pak Haji. Abang tak perlu terjemahkan sebab aku sendiri faham.


Setelah sudah, kami semua keluar dari bilik itu. Kami berkumpul semula di ruang tamu termasuk abang. Abang biarkan Pak Haji berseorangan di dalam bilik perubatan itu. Aku sempat menjeling dan melihat Pak Haji sedang beratib seorang diri.

Abang sempat menggulung sebatang rokok daun lagi sebelum abang dipanggil ke bilik. Aku lihat abang memegang Pak Haji yang masih duduk di atas sejadah. Abang letakkan tangannya di belakang badan Pak Haji manakala sebelah lagi memegang peha Pak Haji. Kemudian aku terdengar abang memberikan salam dengan agak kuat di telinga Pak Haji dan tiba-tiba tubuh Pak Haji lemah longlai. Abang sambut tubuh Pak Haji lalu dibaringkan perlahan-lahan.

Abang ke dapur membasuh tangan, atau lebih tepat lagi membasahkan tangannya. Abang masuk semula ke bilik tadi lalu mendapatkan tuan rumah yang terbaring seperti orang sedang tidur. Abang renjis-renjis air ke muka tuan rumah itu lalu abang kejut tuan rumah seperti mengejut orang yang sedang tidur. Tuan rumah menggeliat beberapa kali sebelum bangun dan duduk semula. Dia menggeliat beberapa kali.


Kami masih bersembang kosong dengan beberapa orang tetamu yang masih ada di ruang tamu termasuk pasangan yang berubat akibat kena santau.


Kemudian, tuan rumah pun keluar dari bilik pengubatan itu lalu mengambil timba yang berisi muntah santau tadi. Dia bawa ke luar rumahnya.

"Kalau nak tengok, jom kita keluar." ajak abang kepada pasangan tadi. Aku pun nak lihat juga.

Pasangan tadi pun keluar membontoti abang manakala aku pula di belakang sekali.

"Dah tawarkan sihir tu?" abang bertanya kepada tuan rumah yang menarik bajunya menutup hidungnya manakala sebelah tangannya memegang sebatang kayu kecil, digunakan untuk menggodak-godak muntah tadi. Tuan rumah angguk-anggukkan kepalanya.


Sungguh tak sangka, aku terlihat duri nibung, beberapa ketul tulang yang tajam-tajam dan benda-benda kotor yang lainnya.


Foto santau itu ada di sini...







Tamat.





.

5 comments:

tasekM said...

abg ko mmg asisstant haji tu eh...?


.

ckLah @xiiinam said...

Betullah...kalau air tanah, mesti terbayang ada telur cacing, sebab masa kecik dulu memang selalu cari cacing tanah untuk mancing...

Aku said...

TM,
lebih kepada interpreter... pembantunya ramai anak-anak muda yang tolong sediakan bahan2 yg pelik-pelik...




CKlah,
mesti ada telur cacing tu tapi sebab dah direbus, telur cacing dah bertukar ke[ada protin telur macam telur ayamlah agaknya... hahaha

sepa said...

ekceli yg nih aku tak paham...
"nganngone koyo popor.. koyo bedak sejuk. Disapu nang telingane."

tp tak pe la. ko tak payah nak terjemah. walaupun panjang cam tuh. kepala hotak aku cuma boleh tercetak nama khir toyo. :P

*****
aku pernah pergi ke rumah pengamal cam nih. dia masuk dlm seseorg, segera karektor dan percakapan dia berubah.

eh. kejap. kalau ko la jd cam pak Haji tuh, ko pilih tuk masuk dlm siapa.? *(jgn cakap Aaron Aziz.)...

Aku said...

Sepa,
aku nak masuk dalam badan tasek...
lepas tu aku bawak tubuhnya jalan2 ke Mydeen... lepas tu aku meraung, meratap menangis....hempas-hempas badan

lepas tu tiba senyap balik dan balik ke rumah... keh keh keh...