.
Dalam esakan nafasnya yang masih tersangkut-sangkut di tenggoroknya, Ayu rentap jantung yang masih berdenyut-denyut itu dengan kuat. Darah berhambur keluar, sama seperti air matanya yang deras menuruni pipi putih dan gebu itu. Bibirnya terketar-ketar menahan sakit hatinya. Wajah lelaki tanpa berbaju yang sedang lena berbaring di sofa kulit buatan Italy itu direnungnya dalam-dalam. Itulah wajah lelaki yang menghancurkan hidupnya. Juga beberapa lelaki lagi yang sedang nyenyak tidur di tingkat atas rumah batu mewah setinggi dua tingkat itu.
Lelaki-lelaki yang menghumbankan Ayu ke dalam jurang yang penuh kehinaan, tanpa relanya. Pedih hatinya masih belum reda meskipun jantung yang berdenyut-denyut itu telah terpisah dari dada montok yang terbelah sejengkal hasil rodokan pisau.
Ayu hulurkan jantung yang masih berdenyut-denyut dan penuh berdarah itu ke hadapan lelaki tanpa berbaju itu sambil menahan nafas selama yang mungkin. Merangkul nyawanya selama yang mungkin. Ayu letakkan jantung itu di atas dada lelaki tanpa berbaju itu.
Kemudian, Ayu berjalan perlahan-lahan naik ke tingkat atas. Ayu buka salah satu pintu bilik. Di atas katil, seorang lelaki sedang nyenyak tidur meniarap bertongkatkan bantal kepam dan hanyir. Ayu hampiri sehingga ke birai cadar biru. Ayu seluk lagi ke rongga dada montok sehingga ke paras pergelangan tangan. Ayu usap-usap hati yang masih panas, lalu merobek sedikit hujung hati itu. Ayu menahan sakit yang teramat apabila tangannya dikeluarkan dari dalam belahan dada yang montok itu.
Ayu letakkan cebisan hati itu di belakang lelaki yang sedang tidur meniarap. Ayu biarkan hati itu berdenyut lemah. Kemudian, Ayu keluar dri bilik itu dan masuk kebilik yang lain. Di situ, seorang lagi lelaki sedang tidur mengiring ke arah kiblat di atas lambung kanannya. Di tepi katil itu masih terdapat sehelai sejadah yang belum berlipat. Ayu undurkan langkahnya dan keluar dari bilik itu.
Ayu turun semula ke ruang tamu di bawah. Ayu tersengguk-sengguk menahan nafas yang ditarik-tarik, juga kerana sedu tangisnya yang gagal dibendung lagi. Ayu terus berjalan ke arah dinding rumah batu dua tingkat itu dan menembusinya lalu hilang disebalik sana.
PADA pagi itu, lelaki tanpa berbaju itu dikejutkan oleh kawannya. Mereka duduk bersandar di sofa sambil termenung lama.
"Aku rasa macam ada sesuatu yang pelik malam tadi"
"Eh, aku pun"
"Aku berjumpa Ayu malam tadi tetapi aku tak boleh berbuat apa-apa, aku terkaku"
"Maksud kau, Ayu yang kita pernah kenal itu....?"
"Ya! Ayu yang pernah kita...."
"Tak mungkin!"
.
No comments:
Post a Comment