Wednesday, December 26, 2018

Zaman Akhir

.

Menanti Suram Matahari

Pijar batu dan bahang menghilang
Gerombolan awan meropol-ropol dilangit
Bak kekabu tak berpintal
Menyekat pandang langit biru
Bumi Arab basah, air melimpah

Tiba-tiba bumi tumbuh menghijau
Dari lembah ke puncak gunung
Sang gembala girang
Daging dan kantung susu memboyot
Digayuti rezeki anugerah Ilahi

Tular dikatakan itu semua petanda
Bak bumi beralih pada paksinya
Atau sempadan cuaca lakaran baharu
Tak menentu, haru-biru
Bahawa dunia makin bobrok
Tak lama lagi keluarlah momok-momok.




.