Ini cerita disebalik cerita Sumbi Emas. Sesiapa yang belum baca, ini link dia...
Sumbi Emas Bhg1
Sumbi Emas Bhg 2 (unedited)
Sumbi Emas Finale (unedited)
Semasa aku makan malam bersama-sama ayah mertua di rumahnya, entah macam mana dia buka cerita pasal sumbi emas. Pada mulanya aku tak tahu apa dia sumbi emas itu. Dekat akhir bicaranya, baru aku tahu sumbi emas tu ialah gigi emas.
Kemudian, kami bercerita pasal gigi emas yang tak ditanggalkan kalau meninggal dunia, dan adakah gigi emas itu seperti susuk sebab tujuannya pun lebih kurang untuk menampakkan kecantikan rupa paras (sebenar tidak).
Kemudian, aku dapat satu idea untuk buat cerita seram berkenaan sumbi emas itu. Pada malam itu juga, aku tulis Sumbi Emas Bhg 1 pada pukul 9.30pm dan aku publish dalam lebih kurang pukul 11pm malam yang sama.
Malam esoknya, aku sambung Sumbi Emas Bhg 2 kerana aku rasa mesti ada pembaca bahagian 1 yang tertunggu-tunggu. Untuk mendapatkan 'mood' seram itu, aku bawa laptop aku ke ruang anjung rumah tanpa dinding, ditemani cengkerik. Aku tulis sambungan itu dari jam 10.30pm dan aku publish tengah malamnya.
Malam esoknya lagi, aku tulis Sumbi Emas Finale pula. Seperti malam semalamnya, aku tulis di anjung luar untuk dapat 'mood'. Tetapi pada kali ini, aku terpaksa fikir lebih untuk ending yang bagaimana. Jadi, aku tanya adik ipar aku, dia suka ending yang macam mana. Dan akhirnya, dia suka ending yang seperti ditulis itu. Aku mula tulis dari pukul 10pm dan aku publish tengah malam itu juga.
Kemana perginya sumber inspirasi Sumbi Emas?
Dia ada di sini...
.
Showing posts with label seram. Show all posts

Thursday, March 17, 2011
Monday, March 14, 2011
Sumbi Emas (sekuel akhir- unedited)... dahaga malam berdarah!
Sorotan mata dari tengkorang yang terkatung-katung itu amat menyeramkan, sungguh! Pandangan Pak Abu mula kabur. Jerutan lidah berlendir dan sejuk itu semakin erat. Sukar Pak Abu bernafas.
Akhirnya, Pak Abu terjelepuk di atas lantai. Segala-galanya gelap. Dan sunyi.
Detingan jam dinding mengejutkan Pak Abu dari pengsan. Dia terpisat-pisat kebodohan seperti cicak tertelan kapur, dia gonyoh-gonyohkan matanya berkali-kali. Nafasnya diaturkan kembali satu persatu. Pelita minyak tanah menerangi ruang rumahnya. Jam menunjukkan pukul 3 pagi.
'Aku perlu selesaikannya malam ini juga...' gumam Pak Abu
Pak Abu serik. Sungguh tak berbaloi menyimpan sumbi emas itu. Ia perlu dipulangkan malam itu juga. Dia tak sanggup diganggu lembaga yang ngeri itu lagi. Cukuplah sekali.
Dalam sejuk dinihari itu, Pak Abu bersiap-siap dengan seluar panjang hitam dan baju kemeja lusuhnya yang sudah berbau hapak itu. Dia masuk ke biliknya lalu mengambil kantung kain berisi sumbi emas yang masih terlekat pada tulang rahang mayat entah siapa-siapa. Kemudian, dia pergi ke belakang rumah. Cangkul tua yang tersandar pada pokok belimbing buluh itu dicapainya, lalu digalas di atas bahu.
Dalam sejuk dinihari itu juga, Pak Abu berbasikal menuju ke tanah perkuburan. Kantung kain berisi sumbi emas itu diikatkannya pada pinggang. Berkeriut bunyi pedal basikal tua itu apabila kayuhan Pak Abu semakin kuat dan laju. Dia perlu selesaikannya sebelum subuh, sebelum ada orang kampung yang keluar ke surau. Jangan terserempak dengan sesiapa pun.
Sepanjang kayuhannya, Pak Abu terasa seperti dia diekori. Ada sesuatu yang hitam dan besar melayang-layang di atasnya. Biarkanlah. 'Benda' itu mahukan sumbi emas itu semula. Seram sejuk menjalar lagi ke urat nadinya.
'Aku pulangkan, kau jangan ganggu aku lagi... jangan!' getus Pak Abu.
Tiang-tiang nesan berceracak, putih apabila disuluh lampu 'dinamo' basikal tua itu. Aku kilas basikalnya lalu masuk ke kawasan perkuburan itu. Pak Abu terus mengayuh sehinggalah sampai di kubur arwah Opah Senah itu. Pak Abu sandarkan basikal tuanya pada pokok saga sebesar peha. Lampu picit berkuasa 3 bateri dipasangkan.
Kelihatan tanah kubur Opah Senah masih merah, masih gembur. Wangi bunga rampai dan daun pandai masih kuat. Sekali-sekala, bau bunga Kemboja kubur melintas di hidung Pak Abu apabila dielus angin sejuk dinihari. Pak Abu tak hiraukan itu semua. Cuma, Pak Abu risaukan apa yang ada di depannya sekarang ini. Dia kenal siapa Opah Senah. Dia tahu apa yang Opah Senah amalkan. Hatinya berbelah bahagi. Kalau diikutkan hatinya, memang dia tak sanggup untuk gali semula kubur Opah Senah. Lebih-lebih lagi gelap-gelap begitu.
Pak Abu terasa seperti dia diperhatikan. Dia toleh ke belakang. Dibawah pokok saga itu, satu lembaga besar dan hitam berdiri menghadapnya.
'Jangan kacau aku... jangan kacau aku ..' getus Pak Abu.
Tanpa berlengah lagi, Pak Abu hayunkan cangkulnya di kubur Opah Senah. Dihamburkan tanah liat merah ke sisi. Pak Abu lakukannya lagi dan lagi. Lolongan anjing liar dari arah jerumun samun semakin kuat. Bunyi belalang pelesit juga semakin kuat. Bunyi burung Lang-Kwit juga semakin hampir. Pak Abu menggeletar, bukan kerana sejuk. Hatinya tak sedap. Namun begitu dia tak punyai pilihan lain, selain terus menggali kubur Opah Senah.
*Duk-duk-duk*
Mata cangkulnya terkena papan penutup liang lahad. Pak Abu duduk sebentar sambil tangannya menguis tanah-tanah yang menutupi papan itu. Seketul tanah bergolek jatuh dari atas tebing. Dia mendongak. Kelibat lembaga hitam itu berdiri di tebing lubang kubur itu. Tiba-tiba terdengar seperti ada sesuatu yang mencakar-cakar papan lahad itu dari dalam. Pak Abu tersentak. Itu yang Pak Abu takutkan, lebih daripada lembaga hitam yang tidak dikenal siapa itu.
Papan lahad terpungkas!
Asap nipis keluar dari liang lahad Opah Senah. Bau busuk melitupi ruang kubur itu. Pak Abu tersentak. Kain kafan mula tercarik. Mayat Opah Senah bergerak-gerak seakan-akan bergelut untuk keluar. Pak Abu bingkas bangun lalu cuba untuk keluar dari lubang kubur sedalam 6 kaki itu tetapi lembaga hitam itu menghalangnya. Setiap kali Pak Abu berpaut pada bucu tebing, lembaga hitam itu memijak-mijak tangannya.
Mayat Opah Senah bergerak-gerak, meronta-ronta dari bellitan kain kafan. Lubang kubur itu seakan-akan bergegar. Kemudian, tangan hitam dengan kuku panjang terjulur keluar dari kain kafan lalu memaut kaki Pak Abu. Dia menjerit kesakitan. Opah Senah membenamkan kuku tajamnya ke dalam daging betisnya. Pak Abu cuba melonjakkan badannya untuk naik ke atas namun terus dihalang oleh lembaga hitam.
Sekujur mayat Opah Senah telah bangun dan berdiri di belakang Pak Abu. Manakala lembaga hitam itu pula telah memegang kedua-dua tangan Pak Abu. Opah Senah mengambil cangkul lalu mengangkatnya tinggi. Pak Abu tersentak. Dia hanya boleh melihat sahaja.
Lolongan anjing semakin kuat dan bertalu-talu. Serentak dengan itu juga, mata cangkul itu menjunam ke tubuh Pak Abu.
Keesokkan paginya, kampung itu gempar apabila mayat Pak abu dijumpai putus dua pada paras pinggang di kubur Opah Senah. Tubuh Pak Abu dari pinggang ke bawah dijumpai di dalam kubur Opah Senah. Manakala tubuhnya dari pinggang ke atas telah dijumpai di bawah pokok Sena. Lebih mengerikan lagi muka Pak Abu telah hancur manakala rahangnya telah hilang, digantikan dengan tulang rahang bersumbi emas itu.
Manakala liang lahat Opah Senah kosong!
Mayat Opah Senah tidak dijumpai di mana-mana...
Tamat.
.
Sunday, March 13, 2011
Sumbi Emas (bhg. 2 unedited) .... seram gugah aman malam
[kalau nak tahu bahagian 1, sila klik SINI....]
Pak Abu lunjurkan kakinya. Kain pelekat yang dipakai untuk sembahyang Maghrib di surau tadi dikemas-kemaskan gulungannya. Dia tarik kaki kain pelikat itu hingga tersembul kedua-dua kepala lutut. Terasa sangat tuanya. Walau jerih payah itu sudah sebati dengan hidupnya, usia yang meningkat seakan-akan anai-anai yang memamah kudrat mudanya sedikit demi sedikit. Kalau dulu, pisang 2 tandan boleh dipikul sekaligus, kini jangan harap dia boleh buat begitu lagi.
Pak Abu condongkan badannya ke depan, kedua-dua tangan memaut ibu jari kaki. Perlahan-lahan kepala ditundukkan sehingga menyentuh kepala lutut. Pak Abu tahan nafas beberapa ketika sebelum dia tegakkan semula badannya sambil menarik nafas. Dia lakukan beberapa kali sehingga lenguh pinggangnya berkurangan. Kemudian, Pak Abu ambil sebotol minyak sakal putung serai wangi pada kotak ubat yang diletakkan dekat dengan tiang. Pak Abu tuang beberapa titik pada lutut kiri dan kanan, lalu dia usap perlahan-lahan agar rata. Dia urut otot-otot pada lututnya dan ditarik dibawa ke pangkal peha.
Siang tadi, jenazah Opah Senah telah selamat dikebumikan. Tiada perkara pelik-pelik berlaku. Pak Abu memanjat syukur kerana dia tahu Opah Senah bukan sekadar bidan kampung. Opah Senah adalah lebih daripada itu. Setelah penat berurut, Pak Abu gulung pula sebatang rokok daun nipah dengan tembakau cap kapal terbang. Cengkih yang telah digunting kasar turut ditaburkan pada tembakau bagi menambah perisa. Berkepul-kepul asap naik ke bumbung zink tanpa siling.
Tak lama Pak Abu teringatkan perkara petang tadi, dia merasakan sunyi yang tak seperti biasa. Biasanya, waktu-waktu begitu masih ada orang-orang kampung yang lalu-lalang. Pasti ada riuh suara anak-anak yang pulang dari mengaji yang lalu ikut jalan pintas di rumahnya. Kali ini, Pak Abu terasa sepi sungguh-sungguh. Tiada cengkerik, tiada belalang daun atau pelesit. Pak Abu berasa tidak sedap hati. Dia bangun ke tingkap lalu dikuaknya daun tingkap luas-luas. Dia dekatkan mukanya pada kekisi tingkap. Tiada bayang-bayang pokok yang bergoyang. Tiada angin. Tiada bulan. Sunyi sesunyi-sunyinya. Pelik sungguh.
Ketika itu juga Pak Abu teringatkan sumbi emas di dalam kantung kain; sumbi yang masih melekat pada tulang rahang yang dibawa pulang dari kubur petang tadi. Seram mula menjalar keseluruh urat nadinya. Perasaannya mula tak keruan. Menyesal pun ada tetapi apa yang Pak Abu boleh. Liang lahad tempat sumbi itu dijumpainya telah berisi mayat Opah Senah. Dia tak sanggup gali semula kubur Opah Senah. Dia kenal Opah Senah itu semasa hayatnya. Dia tahu bagaimana Opah Senah masih boleh berbidan sedangkan umurnya telah lewat 80an. Dia juga tahu mengapa Opah Senah asyik bertukar laki dan suami muda yang terakhir dikahwininya pada umur 72 tahun!
Pak Abu kenal sangat-sangat kerana rumah arwah Opah Senah bersetentang dengan rumahnya, hanya terpisahkan sebatang jalan, sebatang tali air dan sederetan pokok pisang. Tak jauh pun, sepelaung sahaja dari rumahnya. Dia sering terlihat bola api berlegar-legar di atas rumah arwah Opah Senah semasa hanyatnya di waktu malam. Bola api sebesar buah kelapa itu akan berpusing-pusing beberapa kali sebelum arwah Opah Senah buka tingkap biliknya dan bola api itu pun meluncur masuk. Anehnya, rumah arwah Opah Senah tidak terbakar.
Tiba-tiba Pak Abu tersentak. Ada sesuatu telah jatuh di dapur. Cepat-cepat dia tutup semula daun tingkap lalu dikunci.
" Geruh aku kalau begini..." getus Pak Abu.
Pak Abu capai pelita minyak tanah lalu pergi ke dapur. Dia angkat pelita itu tinggi-tinggi. Matanya awas mencari-cari 'benda' yang jatuh itu. Tak nampak apa-apa pun. Kualli dan belanga masih tergantung pada dinding kayu. Pinggan mangkuk masih ada di raknya. Pelik. Pak Abu melangkah turun, perlahan-lahan kakinya memijak anak-anak tangga.
"Syoohhh..! Syoohhhh...." jerit Pak Abu sambil tangannya di awang-awangkan seperti menghalau sesuatu.
Pak Abu berfikir itu angkara kucing atau mungkin tikus yang cuba mencuri ikan masin yang disimpan di dalam goboknya. Setelah puas hati, dia naik semula ke ruang tengah. Api pelita itu melintuk-liuk bertahan mengikut hayunan tangan Pak Abu. Baru beberapa anak tangga, terdengar seperti ada sesuatu berlari merentasi ruang tengah yang berlantaikan papan itu. Pak Abu terhenti. Perlahan-lahan Pak Abu hulurkan kepalanya untuk mengintai dari gawang pintu dapurnya. Gelap.
Lalu Pak Abu naikkan pelita minyak tanahnya dan diletakkan diatas lantai papan. Pak Abu tersentak sedikit apabila dia lihat pelita itu seperti melompat-lompat. Seperti ada sesuatu sedang berjalan memijak lantai dan mendekatinya. Hati Pak Abu tidak keruan lagi. Dia tahu, ini pasti berpunca dari sumbi emas itu. Perasaan menyesalnya memuncak.
Mata Pak Abu masih melekat pada pelita minyak tanah di atas lantai ruang tengah itu. Kakinya juga masih berpijak pada anak tangga dapurnya. Badan Pak Abu seakan-akan kaku. Tak dapat bergerak. Dia juga tidak berani untuk mendongak untuk lihat apa yang berlaku tetapi dia amat sedar yang sesuatu sedang berjalan ke arahnya. Bunyi derap langkah yang bergerak perlahan-lahan itu dapat didengari namun dia tak berani untuk memanggungkan kepalanya. Bermacam-macam rupa ngeri dan seram berlegar-legar dalam kotak fikirannya.
Kemudian, derap tapak kaki itu senyap. Pelita minyak tanah pun tidak bergetar lagi. Senyap, yang kedengaran ialah degup jantungnya dan hela nafasnya yang kurang teratur lagi. Pak Abu pejamkan matanya. Dia tak pernah mengalami peristiwa sebegini selam dia mengambil upah menggali kubur. Tak pernah.
Pak Abu tahan nafas. Dia mahukan kepastian tentang sesuatu itu. Derap jantungnya semakin ligat. Pak Abu cuba amati betul-betul dalam mata masih terpejam. Ya, tak syak lagi. Sejuk mula menjalar ke seluruh urat nadinya. Kakinya seperti mahu lumpuh. Tangannya kaku.
Pak Abu dapat rasakan dengusan nafas berbau busuk begitu hampir di kepalanya. Dengusan nafas yang panjang dan nafas busuk itu mengelus-elus pipi Pak Abu. Begitu dekat sekali.
Pak Abu pasrah. Dia buka matanya perlahan-lahan dan mendongak ke atas.
Serta-merta Pak Abu melompat ke belakang, lalu jatuh terduduk di atas lantai dapur. Mulut Pak Abu melopong. Jantungnya dirasakan seperti terhenti. Mata Pak Abu terbeliak besar sambil mendongak ke atas.
Di gawang pintu dapurnya itu, satu tengkorak dengan sisa daging pipi yang reput dan bolong mata yang tersorot jauh ke dalam sedang terkatung-katung. Lidah panjang terjelir keluar seperti cacing. Tengkorak itu masih terkatung-katung melihat ke arah Pak Abu yang terkejut dan tak bergerak.
Seluruh tubuh Pak Abu terkaku. Lidah yang melintuk-liuk itu terus memanjang menuju ke arah Pak Abu. Tangannya menggeletar namun tiada apa yang boleh di lakukannya. Lidah itu terus melilit leher Pak Abu. Terasa sejuk dan berlendir. Lidah itu terus melilit lehernya beberapa kali. Kemudian, tengkorak yang terkatung-katung itu bergerak perlahan-lahan mendekati Pak Abu sehinggalah mata Pak Abu yang terbeliak besar itu selorong dengan bolong soket mata tengkorak itu. Mulut Pak abu terkunci. Dia tak boleh menjerit. Lidah yang sejuk dan berlendir itu masih melintuk-liuk seperti ular sawa di lehernya. Tengkorak itu benar-benar rapat dengan Pak Abu, tak sampai pun sekaki jaraknya.
( Apa yang berlaku seterusnya? Apa kaitannya dengan arwah Opah Senah itu?.....sambung lagi.... )

Monday, January 24, 2011
Rindu pada bening embun...
Pada ketika ini, semasa burung-burung sawah mula berlari dan terbang-hinggap mencari anak-anak ikan dan benih-benih padi yang menguning, pagi ini matahari memancar terang cahayanya.
Hujan semalam telah bawa turun awan-awan hitam ke bumi, ke tanah ini. Dikuburkan dengan semangat gelapnya yang telah ditukarkan menjadi rahmat oleh Tuhan. Semangat gelap yang beberapa hari lalu dikumpul dari segala derita dan sengsara manusia, dan dipukul pula oleh angin-angin kencang, malam tadi telah mengalir menjadi mata air jernih mengairi pohonan, tumbuhan dan menjadi minuman fauna sama ada yang terbang dan berjalan.
Pagi ini, cahaya matahari terang menyuluh embun-embun yang tergantung pada hujung daun padi. Seakan-akan menghisapnya kembali. Seolah-olah embun itu hanya dipinjamkan kepada padi sekadar untuk lepaskan rindunya pada nyaman dan tenteram suasana. Walau sekejap ia mencukupi. Amat mencukupi.
Embun yang bersinar bening, tolong sampaikan salamku apabila kamu kembali ke atas sana. sampaikan salamku kepada mereka di atas sana...

Subscribe to:
Posts (Atom)