Ini cerita disebalik cerita Sumbi Emas. Sesiapa yang belum baca, ini link dia...
Sumbi Emas Bhg1
Sumbi Emas Bhg 2 (unedited)
Sumbi Emas Finale (unedited)
Semasa aku makan malam bersama-sama ayah mertua di rumahnya, entah macam mana dia buka cerita pasal sumbi emas. Pada mulanya aku tak tahu apa dia sumbi emas itu. Dekat akhir bicaranya, baru aku tahu sumbi emas tu ialah gigi emas.
Kemudian, kami bercerita pasal gigi emas yang tak ditanggalkan kalau meninggal dunia, dan adakah gigi emas itu seperti susuk sebab tujuannya pun lebih kurang untuk menampakkan kecantikan rupa paras (sebenar tidak).
Kemudian, aku dapat satu idea untuk buat cerita seram berkenaan sumbi emas itu. Pada malam itu juga, aku tulis Sumbi Emas Bhg 1 pada pukul 9.30pm dan aku publish dalam lebih kurang pukul 11pm malam yang sama.
Malam esoknya, aku sambung Sumbi Emas Bhg 2 kerana aku rasa mesti ada pembaca bahagian 1 yang tertunggu-tunggu. Untuk mendapatkan 'mood' seram itu, aku bawa laptop aku ke ruang anjung rumah tanpa dinding, ditemani cengkerik. Aku tulis sambungan itu dari jam 10.30pm dan aku publish tengah malamnya.
Malam esoknya lagi, aku tulis Sumbi Emas Finale pula. Seperti malam semalamnya, aku tulis di anjung luar untuk dapat 'mood'. Tetapi pada kali ini, aku terpaksa fikir lebih untuk ending yang bagaimana. Jadi, aku tanya adik ipar aku, dia suka ending yang macam mana. Dan akhirnya, dia suka ending yang seperti ditulis itu. Aku mula tulis dari pukul 10pm dan aku publish tengah malam itu juga.
Kemana perginya sumber inspirasi Sumbi Emas?
Dia ada di sini...
.
7 comments:
moga ayahanda cepat sembuh.
.
TM,
semoga-moganya...
ayahanda cerita sumbi e,as je, tapi adun, kau ayak,kau bancuh ,kau hias jadi kek pengantin 3-4 tingkat...
bakat semulajadi ....anugerah tu...
semoga ayahanda mu sembuh.
Azani,
tukang karut... itu nama timangan aku...hahaha
Azani,
petang tadi dah keluar...
salam zzam.
Alhamdulillah.
Azani,
salam. syukur. dah stabil dan terkawal.
Post a Comment