.
Aku kalau mahu menjadi tanah
mahu kunganga liang lahad untuk jasad aku
kalau mahu menjadi cacing
mahu kugerogoti daging-daging aku
memamah urat sendi aku
kalau mahu menjadi akar
mahu kubelit selangka rapuhku
ranap dan rangup
Aku tak sanggup! Ngeri
Aku kalau mahu menjadi air
mahu kusirami bunga puding merah dan kuning
bertasbih untuk aku di bawah
kalau mahu menjadi awan
mahu kuberikan lindung nyaman kuburku
Itu, aku mahu...
.
No comments:
Post a Comment