Bahagian
5 : 108 Tahun akan datang.
Kampung
Kelubi menjadi gempar hari ini. Sebuah papan penyataan projek pembangunan telah
terpacak di pinggir jalan masuk ke kampung itu. Di sebelahnya, terpampang pelan
pembangunan beserta dengan lukisan bandar konsep, lengkap dengan pusat
beli-belah dan prasarana tebing sungai. Namun begitu, terdapat lukisan sebatang
pokok yang besar di tepi sungai. Bezanya dengan sekarang ini ialah sungai dalam
lukisan itu lebih mirip kepada longkang yang besar apabila tebing sungai yang
asal dikonkritkan, seperti mana yang di lukiskan dalam gambar tersebut.
Para
penduduk kampung, diketuai oleh Kasim, telah membentuk sebuah jawatan kuasa
bertindak bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian kepada kemelut itu. Mereka
sebulat suara membuat keputusan untuk membantah perlaksanaan projek pembangunan
tersebut. Petisyen yang ditandatangi oleh hampir seluruh penduduk Kampung
Kelubi telah dibuat dan telah diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk
menimbang semula keputusan perlaksanaan projek tersebut.
Di
suatu tempat yang lain, di tempat yang berhawa dingin dan dikelilingi oleh
pemuzik sambil orang ramai sedang makan, kelihatan dua lelaki Melayu dan
seorang lelaki Cina sedang menjamu selera. Terdapat juga tiga gadis manis yang
tidak dikenali bangsanya menemani mereka makan sambil menuangkan air minuman
yang pahit rasanya. Salah seorang lelaki Melayu itu berpakaian kemas dengan
tali leher dan kot. Dia kelihatan bercerita sambil disambut dengan ketawa
mengampu oleh lelaki Cina dan ketawa hambar oleh lelaki Melayu itu. Sebelum
mereka mengakhiri makan tengah hari, lelaki Cina itu bersalaman dengan
kedua-dua lelaki lelaki Melayu sambil menghulurkan sekeping sampul surat kuning
yang kelihatan sendat kepada kedua-duanya. Senyuman kedua-duanya semakin
melebar. Tidak lama kemudian, dua buah kereta mewah yang besar keluar dari lobi
hotel tersebut.
[bersambung...]
.
No comments:
Post a Comment