.
LAMPU KIASAN
[Nizam.Ariff 20/7/2002]
Kisah dari Darul Ehsan Medical Center
Ada satu lampu hiasan
Kulihat cantik gemerlapan
Ingin aku jadikan kiasan
Cahayanya kemilau kabui mata
Tutup kaca menghijab punca
Jadi tabir pelembut sinarnya
Manik-manik kaca bergayutan
mengitari kaca lampu hiasan
Umpama hidupan aku kiaskan
Manik kaca bias cahaya
Satu muka satu warnanya
Segala rupa satu puncanya
Hai sahabat usah terpikat
Manik kaca itu kau lihat
Cahaya itu sebenar hakikat.
.
4 comments:
Hakikat...Ma'rifat..
.
.
haihh
.
.
kena buka kitab nih!
Fahami surah An-Nur...Juga fahami salah satu kitab karangan Al-Ghazali...
Insyaallah, akak pasti faham maksud aku ini...Juga kiasan dalam cerita Ayu Jannah itu...
Aku tak pandai nak berterus terang. Aku hanya mampu membuat kiasan dalam hampir puisi aku...
Semoga ada orang yang faham.
Puisi di atas itu aku buat semasa aku terlantar seminggu di DEMC (bangunan lama di sek.9). Petang-petang, aku keluar untuk ke McD dan lalu di depan sebuah kedai lampu. Masa itulah aku terlihat lampu cantik itu.
Selama aku di DEMC itu, aku habiskan buku 'Sirrur-Asrar' karangan ketua para wali kita...
Tuhan bagi ilham melalui lampu itu terhadap persoalan aku tentang buku itu...
Bagai mengadap cermin yang pecah bederai, Biasannya berjuta namun wajah tetap satu..
M.Attholib,
Kalau disatukan kesemuanya, memang satu jadinya...
Post a Comment