image: oaklandliving.wordpress |
Lambaiannya lemah, selemah hati yang terpaksa membiarkannya pergi
hatinya gundah, dilapah sepi dinihari, panasnya terasa dingin bak salji
Akukah dia itu?
Selapis sejuk menjerut batang leher, terasa nafas payah melepas
padahal lehernya telanjang,
Itukah lelah dalam dada?
Aku atau dia, sama sahaja sakitnya,
peritnya, hanya aku dan dia merasa
bukan aku mahu
tapi derita itu datang tanpa segan silu
Ah! lantaklah
Kalau ia mahu datang tak berundang, aku biarkan ia berseorangan
aku tak mahu mengadu nasib diri padanya
kerana aku fikir, apalah gunanya
kerana prejudis dilukis belum pun cerita aku sempat habis
Ehsan manusia tak sama ehsan Tuhan
dalam kalbu manusia masih tercacat cemar
hati manusia zaman kini tidak semulia mana
aku tak mahu percaya
malah pada diri aku sendiri
cacat itu tempang aku
kekurangan yang aku bela tanpa disengaja
aku tak siapa-siapa, kini
dan aku selesa begini.
.
4 comments:
"kerana prejudis dilukis belum pun cerita aku sempat habis"
aku suka baris ayat nih. :)
sepa,
betul kan apa yg aku tulis tu?
Just as good as your last post. Do you accept advertisers?
Anon,
yes...
Post a Comment