Setelah berjanji dengan Pak Haji yang aku dan kakak akan datang kembali malam esok, setelah segala keperluan disediakan, aku pun meminta diri untuk keluar dari bilik itu. Abang tak ikut keluar kerana dia perlu menjadi penterjemah kepada sepasang tetamu yang sedang menunggu di ruang tamu. Sebaik sahaja aku keluar, aku memandang jam dinding usang yang tergantung pada dinding, berada betul-betul di atas TV. Jam menunjukkan jam 1.35am. Sudah pagi pun.
Aku berselisih dengan pasangan tetamu yang menunggu lebih sejam di ruang tamu. Mereka berdua menjinjing 2 guni yang berisi daun-daun hijau dan seguni kayu sebesar jari kelingking yang sudah dipotong-potong sepanjang lebih kurang seinci. Si suami kelihatan mengantuk. Sebenarnya, ketika aku masuk ke dalam bilik itu, si suami keluar semula dan tidur di dalam van Pregio yang diletakkan secara melintang di laman rumah itu. Setelah berbalas senyum, mereka berdua pun masuk ke bilik Pak Haji.
"Malam ni lelaki tu dah boleh berjalan, syukur." tiba-tiba ada seorang lelaki tua yang sedang duduk berlunjur dan bersandar di hadapan TV berkata kepada aku.
"Kenapa dengan dia?" aku bertanya secara spontan.
"Malam kelmarin, yang lelaki tu tak boleh berjalan betul," jawabnya, "kaki kanannya lumpuh, tak boleh digerakkan."
"Ooo..." spontan mulut aku melopong.
"Kena sihir oranglah agaknya. Malam ni dah bawak guni, kira pemutuslah tu."
"Kena mandi wap juga?" tanya aku. Lelaki tua itu mengiakan.
Kakak telah sedia menunggu aku di luar pintu. Aku terus bersalam dengan lelaki tua itu lalu melangkah keluar. Aku ajak kakak pergi ke kereta cepat-cepat. Kata-kata abang sebelum datang ke rumah itu tadi terngiang-ngiang di telinga seperti nyamuk yang mabuk darah bunyinya. Gangguan di dalam badan kakak telah dibuang tadi. Sekarang, kakak terdedah dengan ancaman dendam makhluk halus yang lain kerana 'lubang masuk' masih belum 'ditutup' lagi. Kakak perlu mandi wap atau bertangas untuk kunci pintu masuk makhluk halus ke tubuhnya. Untuk itu, kakak perlu mencari bahan-bahan yang telah dinyatakan tadi.
Aku tahu, kakak terasa berat untuk mencari Sireh Pasir dan Maman Pantai kerana kami berdua tidak lagi tinggal di kampung kami. Kami telah bertahun-tahun berhijrah ke kota. Kami kurang arif dengan herba-herba kampung.
"Tak apalah, kak. Nanti suruh adik ipar belah sana yang carikan." kataku. Kakak mendapat jodoh dengan pemuda kampung yang sama. Abang ipar aku tak ikut sekali pada malam ini. Dia minta aku temankan isterinya itu.
Bermakna, aku perlu hantar kakak ke rumah adik iparnya di hujung kampung yang bersebelahan dengan 'tanah rizab', iaitu tanah lot kampung yang bersebelahan dengan rizab parit di tepi hutan, barulah aku boleh balik ke rumah abang untuk tidur. Setiap tanah lot kampung kami berkeluasan 3 ekar. Jadi, kedudukan rumah-rumah di kampung kami agak jauh diantara satu sama lain. Jarak rumah adik ipar kakak dan rumah abang adalah sejauh mata memandang, lebih kurang 500m ~ 700m. Walau pun tidak begitu jauh, memandu berseorangan di waktu malam dikampung kami adalah sesuatu yang sungguh menyeramkan.
inilah jalannya. setiap rumah akan ada jalan kecil yang bersambung dengan jalan utama ini. dulu, di kanan dan kiri jalan ini penuh dengan pokok pisang dan pokok bungor. |
Aku terpaksa melintasi 2 kawasan 'keras' yang aku kenali semasa aku kecil dahulu. Pertama, titi kayu di sungai (kini telah ditambak) yang pernah diceritakan seseorang telah bertembung dengan hantu raya tak bertuan (cerita benar). Kedua, simpang jalan salah seorang penduduk kampung yang telah lama meninggal tetapi dikatakan pernah membela sejenis jin atau mungkin pelesit. Ketika matinya, heboh satu kampung apabila tiba-tiba cerek berisi teh O terbang dan mengejar semua orang yang datang berziarah jenazahnya. Dikatakan cerek itu mengejar sehingga ke simpang masuk ke rumahnya itu. Pada masa itu, ada sebatang pokok Bungor yang besar di tepi titi yang masuk ke rumahnya. Kedua-dua peristiwa itu berlaku ketika aku masih berusia belasan tahun, kira-kira pada lewat tahun 1980an.
"kamu kena hantar kakak dulu sebab abang ipar kamu tak datang ambik." kakak mengingatkan aku ketika kereta aku mula meluncur keluar dari laman rumah itu.
"takuttt...." balas aku, ada sedikit kemanjaan dalam suara aku. mestilah, kerana kakaklah yang menjaga aku semasa aku kecil dahulu.
"alahhh... bukan ada apa-apa pun. Badan je yang besar tapi penakut." kakak ketawa.
"kalau tiba-tiba nanti ada benda duduk di kerusi belakang, macam mana?" soal aku, "atau ada benda yang hinggap di atas bumbung kereta?".
"bacalah apa-apa yang patut... selawat banyak-banyak. Paling kuat pun, kamu kena cekik dek hantu, itu je.." kakak terus mengusik.
Hati aku terus jadi libang-libu. Aku teringatkan kata-kata abang aku tadi. Aku juga masih teringatkan peristiwa seram dulu-dulu. Bila aku teringatkan semua benda-benda itu, perut aku terasa kecut. Aku pandu kereta aku amat perlahan seolah-olah tidak mahu pulang ke rumah.
"kakak tidur rumah abang sajalah, ye?" aku berikan saranan.
"mana boleh... hantar sajalah. bukan ada apa-apa pun" kakak berikan kata putus. Aku terpaksa akur dalam kecut.
Setelah lebih kurang 20 minit memandu, aku sudah pun berada di laman rumah adik ipar kakak. Dia bermalam di situ sedangkan aku bermalam di rumah abang. Sebaik aku membelok untuk keluar ke jalan utama, aku lihat kakak melambai-lambai dalam samar-samar lampu kalimantang yang terpasang di verandah rumah itu. Serta-merta lambaian kakak itu berubah menjadi imej sang puntianak atau langsuir yang suka mengganggu pemandu-pemandu di jalan raya, seperti di dalam cerita-cerita seram. Cepat-cepat aku sapukan muka aku untuk membuang imej seram itu. Aku tampar-tampar muka aku beberapa kali. Selain untuk membuang rasa mengantuk, ia juga aku harap mengembalikan semangat aku untuk menempuh dua tempat yang seram tadi.
Setibanya aku berdekatan kawasan tambak (yang dulunya ada titi kayu atau gertak kayu), aku terus membelok tanpa menoleh kepadanya. Malah, aku kawal diri aku dari melihat cermin pandang belakang. Aku tak mahu nanti tiba-tiba ada wajah ngeri dan busuk yang tercegat di tempat duduk belakang kereta aku.
Lampu jalan seolah-olah tak mampu menerangi jalan berpasir itu. Aku tekan pedal minyak agar lebih laju. Aku memandu kereta seorang diri. Walau pun kereta Honda itu dilengkapi dengan teknologi terkini dalam kejuruteraan automotif, i-VTEC contohnya, teknologi itu belum mampu mengatasi imej-imej ngeri yang bersarang dalam kepala aku.
Kawasan tambak sudah lepas dan aku masih selamat. Syukur. Aku berasa sungguh lega. Kali ini, aku perlu lalui kawasan 'cerek terbang' pula. Jam pada papan pemuka menunjukkan jam 2.00am dan embun jantan sudah pun mula menimpa cermin hadapan kereta aku...
.
13 comments:
wehhh. hantu kejor ko pasal tak pakai kereta nasional!
kita tak berseorangan.......
haji tu di teluk intan ke?
aku pernah bawakan anak aku...pengamal tu kata anakku kena hurung dek jin...tu yang seriau tak tentu hala...yang sedihnya...semua punca aku....katanya...
KOG,
hantu selalu kejar orang melayu. tu sebab aku guna kereta asing, konon-kononnya rakyat asing la... hahaha
Azani,
di teluk intan.
kalau nak dekat-dekat dgn kuala kubu baru, ada seorang guru / pemilik sebuah sekolah tahfiz di Bukit Beruntung yang pandai melihat dan membunuh bende-bende jahat yang menempel macam tu... cubalah...
Terimaksih
manja!
hantu cerekkkkkkk...
tangkap diaaaaa.....
kikiki..
:p
.
Azani,
sama-sama... ada lagi ke bende nempel tu atau dah kena buang?
TM,
jangan laa.....
karang mimpi hantu cerek pulak...
brader, ko mintak pak haji tuh tukar menu.
sireh pasir n maman pantai tukar ngan Canel No.5 ke? Miss Dior Cherie ke? Jadore ke?
agak2 hantu tuk terbayangkan dak Madonna tak.?!
*ko apsal tetiba takut kat hantu pulak. dulu2 hutan kat Tronoh tuh selamba jeh ko redah.?!
Sepa,
sejak mengenali Aaron dalam ombak rindu, kebranian aku luntur bersama-sama air matanya...
keh keh keh
Cerita hantu bersiri pulok ek kat sini?
sekali sekali best juga bacer cumer aku takder masa nak memblog dan membaca blog sekarng ni.
Ashley,
sibuk sangat tu...
eh. betul la brader.
ko ada iras2 Aaron Ajis. baru semalam aku tengok-ulang Ombak Rindu.
:)
Sepa,
tu la...
aku cakap ramai yang tak nak percaya.. kakaka
Post a Comment