Kecubung : Bab 1 Episod 5
” Malaslah. Aku nak jaga diet ”, balasnya tanpa menoleh ke belakang.
” Jomlah. Saya belanja awak ”, pelawa orang itu lagi.
Tij tersentak. Dia kenal suara itu. Dia toleh ke belakang dan didapati ada seorang lelaki tercegat di belakangnya, berdiri sambil menguntum sebuah senyuman. Walau pun dia tak toleh ke arah rakan-rakan yang lain, dia dapat rasakan mereka semua sedang senyum kepadanya. Terasa seperti langit hendak runtuh.
” Tak apa... tak apa. Awak pergilah dulu, nanti perut awak melepek terus jadi tak comel... ”, balas Tij.
Supervisornya yang pendek dan gendut itu meraba-raba perutnya yang membusung, yang lebih tinggi daripada dua ketulan dadanya.
” Dalam banyak-banyak bahagian tubuh saya, perut juga yang awak nampak ? Awak tak pernah nampak keikhlasan dan kejujuran saya ”, perli supervisornya lalu beredar ke medan makan berseorangan.
‘Apa-apalah...’ kata Tij dalam hatinya. Payah nak cari keikhlasan dan kejujuran dalam perhubungan sekarang ini. Bukannya supervisor itu orang yang tidak baik. Dia memang seorang yang baik selama yang Tij kenal. Cuma Tij tak mampu lagi untuk bermimpi tentang perasaan itu. Dia sudah malas. Kalau dia mahu memang boleh tetapi dia sudah malas. Bila ditanyai tentang pasangan hidup, dia akan kata ’ serahkan kepada takdir ’. Jawapan ala-ala artis. Noktah.
Dengan susuk tubuhnya itu, Tij dengan mudah boleh mencairkan jiwa-jiwa lelaki yang memandang aspek fizikal. Dengan keluk dan lenggok yang ada padanya, Tij dengan mudah meraih kasih sayang lelaki. Dengan wajah yang menarik, kulit bak telur pindang dikupas (kulit Tij sedikit sawo matang), pipi halus bak pauh dilayang, dada penuh berisi dan betis seperti bunting padi, dengan mudah juga untuk dia meraih kekayaan dan harta tanpa perlu bekerja keras kalau dia mahu, dan yang paling penting, dia tak perlu berkerja di situ lagi.
Pakej kesempurnaan fizikal seorang wanita memang telah ada dalam DNA keturunannya. Namun, Tij tahu kasih sayang yang lahir sebegitu tidak kekal lama. Lebih baik dielakkan. Lagi pun, adiknya perlu diberikan perhatian. Itu amanah arwah orang tuanya. Lupakanlah dulu tentang dirinya walau pun sebenarnya dia telah lama bersedia untuk sebuah komitmen.
Dalam mengelamun itu, Tij menerima satu pesanan ringkas dalam telefon bimbitnya.
’Aslm. Mlm nie dtg umah. Sgl. Urut aku.’, pesanan datangnya dari Tazs.
’wokeh. Siap kopi + kuih. Lps Isya’, balas Tij.
.
8 comments:
alaaa... kasi la watak tij tu gatal2 sikit.
kikiki...
hi tij!
ehem.
.
pak, saya sedia jadi supir. ke mana2 aja juga bisa... :)
TM,
baru kelmarin ko kata Tijah suku melutut perut orang. hari ni ko suh aku jadikan dia gatal2... mampuih aku karang..
Sepa,
wokeh... nanti sampai la bab ko tu... hahaha
aku dah excited.....
Azani,
weh.. itu baru bab 1.
takkan dah excited.... belum lagi dia orang merantau keluar kampung...
ni kira cerita epik nih... kakka
nak buat camna ron, aku ni over.....ha ha ha
watak boleh pilih tak brader.?
aku nak jd... err
1) tokeh kedai prepaid, atau
2) tokeh kedai dvd lanun, atau
3) supir yg bawak taxi yg hantar Tij ke rumah Tazs.
:)
Azani,
mat over yang pimai-pimai tu pun terkenal woo...
Sepa,
Aku dah siap-siap bagi watak ko.. cuma belum sampai bab tu lagi je...
ko nak jadi orang jahat ke orang baik?
Post a Comment