Bahagian
8 : 111 Tahun akan datang.
Sebahagian
besar tanah Kampung Kelubi dan kawasan sekitarnya telah diratakan oleh
jentera-jentera bergigi besi itu. Kawasan yang satu ketika dahulu padat dengan
pokok-pokok hutan dan dusun-dusun buah kini menjadi padang lapang. Hanya
tinggal sedikit kawasan yang masih belum diratakan oleh jentera-jentera itu.
Kawasan tersebut adalah sekitar pokok besar dan tebing sungai di tanah milik
Pak Mahat. Pihak pemaju memang tidak mahu memusnahkan pokok tersebut, malah mereka
ingin menjadikan pokok besar tua itu seperti tugu hidup sebagai lambang pemaju
itu. Mereka ingin membina satu prasarana tebing sungai yang indah di sekitar
kawasan pokok besar itu.
Kelihatan
Sudin terkial-kial mengawal jentolak besar yang sedang menyodok busut kecil di
tebing sungai. Sudah berberapa kali dia cuba menolaknya menggunakan penyodok
keluli jentera itu namun gagal. Dia tinggalkan busut kecil itu. Dia terus
meratakan tanah di kawasan lain pula. Sudah banyak masanya terbuang kerana
busut kecil itu.
Ah
Seng sedang duduk merehatkan dirinya di bawah pokok besar, menempatkan dirinya
di dalam teduhan daunan rimbun pokok itu. Matahari telah banyak memerah
peluhnya dan dia perlu banyak minum air. Lesu badannya membuatkan dia
merebahkan dirinya di atas salah satu banir yang besar. Matanya hampir-hampir
terlelap kerana asyik dengan hembusan angin dari bukit yang telah hampir gondol
di sebelah timur. Namun, di bawah sedarnya, ada sesuatu yang sedang bergerak
perlahan-lahan di salah satu dahan pokok besar itu, di atas kepalanya. Sesuatu
yang bergerak perlahan-lahan dari dahan ke dahan yang berhampiran. Rimbun
daunan mungkin alasan yang baik mengapa Ah Seng tidak menyedari semua aktiviti
ganjil itu. Kemudian, perlahan-lahan ia bergerak menuju ke hujung dahan yang
terjulai ke permukaan sungai. Sebentar kemudian, terdengar sesuatu yang besar
terjun ke dalam sungai. Ah Seng tersentak. Dia terpinga-pinga. Permukaan tempat
benda tersebut terjun kelihatan berbuih dan membuak. Air sungai yang mengalir
perlahan-lahan telah berkocak agak kuat. Sedikit beting pasir runtuh ke dalam sungai. Ah Seng berdiri dan pergi ke
tebing sungai untuk melihat. Dia tinjau dengan teliti di tempat benda tersebut
terjun. Air sungai masih lagi berkocak kecil. Tanpa disedarinya, ada sesuatu
seperti akar sebesar lengan sedang menjalar cukup perlahan dari bawah permukaan
air sungai menuju ke arah kaki kanannya.
Sudin
sudah terasa penat. Matahari sudah tegak di atas kepala. Sudah tiba masanya Ah
Seng mengambil alih kerjanya. Dia mahu berehat. Walau bagaimana pun, Sudin
tidak nampak kelibat Ah Seng yang tadinya sedang baring di atas banir pokok
besar itu.
Bahagian
9 Finale: Sekarang ini.
Sekumpulan
kanak-kanak kecil sedang belari-lari sambil menjerit-jerit riang di dusun Pak
Mahat. Musim buah pada kali ini memang menjadi. Buah-buahan bergayutan di
hujung dahan-dahan pokok milik orang tua yang sedang duduk di atas pangkin itu.
Segala keseronokan tertera di dada tanah bertuah ini. Keputusan kerajaan negeri
menghentikan projek pembangunan adalah satu kejayaan buat Pak Mahat kerana
janjinya kepada arwah ayahnya supaya tanah ini kekal sepertinya.
Namun
begitu, dia masih tidak mampu menarik nafas lega yang panjang memandangkan
usianya yang semakin dirampas oleh masa. Dia tidak mampu menjamin sebarang
kemakmuran di tanah ini pada masa hadapan. Dia kemudian memandang cucu-cucunya
yang berlari-lari bermain di sekeliling pokok besar tua itu. Mereka adalah
harapan masa depan tanah ini. Dia berharap agar mereka akan berupaya
mempertahankan tanah ini daripada dicerobohi. Buat masa ini, dia boleh
tersenyum, sebagaimana cucu-cucunya itu.
Perlahan-lahan,
Pak Mahat mendongakkan kepalanya ke pucuk pokok besar itu. Ada kenangan di
situ. Ada sejarah yang tidak tercatat di buku-buku tetapi ada di situ. Terpendam
dan menunggu untuk dibongkarkan. Dia tersenyum lagi dan angin timur menyapa
lembut rambut-rambutnya yang memutih, seperti mana ia membelai daun-daun pokok
besar itu.
Xxx000xxx
.
3 comments:
assalam...karya menarik.
paridah,
thanks...
salam, best citer blog awk...sy follow awk (35)harap awk follow blog sy juga...hehe
Post a Comment