.
Kemilau rintik-rintik hujan petang
Basmi semusim kontang lewat Oktober
Pseudo riang bermain-main di lopak air
Meramaikan bunyi luruh hujan
Jiwaku turut menari di bawah payung angsana
Titis hujannya lebih kasar tertampankan daunan
Menimpa hati terluka, perihnya
Entah patut aku gembira atau menangis
Wahai jiwa yang parah
Aku mahu tinggalkan kamu sekejap
Jaga hatiku baik-baik
Jangan sampai kesejukan dicucuk hujan
.
2 comments:
kalaula terbentuk pelangi, selepas hujan...
:)
sepa,
jangan diharap pelangi petang,
entahkan datang entahkan hilang.
Post a Comment