KAU
[ 1/8/95 ]
Seakan aku tenggelam
dalam lautan nafasmu
dan kau melangkah rapat
Seakan aku lemas
dalam kesucian cahayamu
dan kau tersenyum manis
Seakan aku hilang
merenungi bibirmu yang nyaris terbuka
lalu aku hampir terleka
Seakan ingin kusentuhi kulitmu
sebagaimana bayu membelai mesra
seakan ingin kukucupi jemarimu
sebagaimana murni sinaran purnama
yang memancar dari celah - celah rambutmu
dan gemalainya alunanmu
adalah kelembutan yang kau warisi
Sayang...
Setulus kasihku
maka di sini aku pun berjanji
kehadirat kau yang tiada dua
bahawa kau adalah selamanya....
.
7 comments:
aku ingat puisi nih.
lepas ko tulis nih, ko buat Purnama14, kan.?
:)
bagus betul ingatan sepa nih..
psttt... ni dia tujukan utk awek dia no berapa nih..?
:p
.
TM, entah la...
awek fantasi dia kot.!
psttt... nak tau. Dino nih duduk dlm bilik depan komputer jeh... keluar time makan n nak pergi kelas. :)
Sepa,
Rasa-rasanya lah....
Purnama 14.. kakakaka...
kisah ratu kelkatu yang beromen... itu pun ada yang stim bila baca.. ceit!
TM,
Itu kalau tak silap... ada mesej keTuhanan pada rangkap akhir.
rangkap2 yang sebelum itu aku tak berapa pasti...
Sepa,
betul3x...
segalanya adalah fantasi...
tapi ko silap.
kita keluar waktu malam, berembun sampai pagi... main snuker dan lepak tepi pantai Lumut... kan?
ya ya... main snuker kat Batu Gajah...
eh. aku suka yg berembun kat Teluk Batik., lepas nengok dak XPDC. :)
Sepa,
dan.... selepas XPDC itulah Mun mandi laut pakai spender tengah-tengah malam...
Post a Comment