.
Aku dengan tangan kotor bercemar
Aku dengan jiwa hitam dan cermin hati bercalar
Aku dengan kisah diri hancur
Cuba tanam dosa
Cuba pendam noda
Aku nafi atas semua kesalahan
Rupa-rupanya ia jadi api dalam sekam padi
Panggang berbara itu pasti
Walau perlahan-lahan
Sudah sekian aku biarkan
Akhirnya yang reput itu membusuk
Memugar segala bunga wangi yang aku tanam
Meracun segala yang aku mahu tuai
Aku tak akan mampu
Berselindung dari Tuhan atas kesalahanku
.... begitu juga kamu
.
4 comments:
hidup lagi blog nih yer... :)
Sepa,
aku belum nak private kan blog ni lagi...
ko bacalah puas-puas...
Aku pun sama
Rangkap terakhir aku suka :)
kak Lily,
sedih, kan kak...?
Post a Comment