Tuesday, August 7, 2012

Warna-warna cerita kita....

.



Cerita kita tersulam di sawah padi
Warna-warnanya bersilih-ganti setiap kali musim bersemi
Sebulan putih jernih air kali
Sebulan hijau benih pucuk membunting
Sebulan kuning memberas padat
Sebulan perang jerami yang lebat
Sebulan kelabu disapu asap jerebu

Cerita kita mungkin sama
Tapi sawah itu mempalit suasana
yang kusam jadi penuh warna-warna
tentang kita, tentang semua.








.


6 comments:

tasekM said...

aku suka sawah.
suka sgt.


.

Nizam.Ariff said...

TM,
jom lepak kat pondok di sawah...
sambil pegang jorang batang buluh, mancing ikan puyu...

sepa said...

heh.! ko dua tuh dah kira orgorg dah nak tua, apa kes lepak kat pondok di sawah...?!

:p

Nizam.Ariff said...

sepa,
ok..ok... kita org ajak ko sekali sebab ko pun dan berumur... hahaha

Dr Singa said...

ajak lah aku sekali lepak!

Nizam.Ariff said...

Doc,
suka mancing ikan puyu tak?

kalau tak suka, tak jadi geng la... hahaha