.
Terima kasih Tuhanku
kerana perkenalkan aku kepada dunia
yang mengajarku
tentang sempitnya kesenangan
tentang luasnya kemiskinan
tentang mudahnya dosa
tentang payahnya pahala
tentang pilu dalam ketawa
tentang hiba dan sengsara
tentang gembira sesingkat kerlipan mata
tentang duka selama-lamanya
tentang haiwan bertubuh malaikat
tentang jauh yang sebenarnya dekat
tentang harapan jadi sarapan
tentang kecewa lewat petang
Aku bersyukur padaMu
akan anugerah ketenangan
dalam rencam dunia penuh gawat
akan perlindungan dan keselamatan
daripada tipu daya yang beraja.
Ya Tuhan,
aku bermohon lagi
ampunilah aku
redhailah aku
hambaMu.
.
7 comments:
Aminnnnn...
jugak,
tentang gegar jantung bila menatap keayuan wajah...
.
buat pahala tak susah bro, meh belanja kawan² makan!
sepa,
itu ujub namanya...
KOG,
ko ni makaannnn je....
amboi2 sepa...
.
TM,
sepa cakap camtu pun jeles..?
sepa menatap wajah aku tu...
takkan tu pun nak jeles.....
eh. Dino nih.!
...wajah bulan la. alaaa benda bulat kat langit tuuuu...
:p
sepa,
bulan kat bumi pun berlambak sekarang ni... dah dekat PRU13 la katakan...
Post a Comment