Thursday, March 1, 2012

Kaduk dan Sireh

.


Andeh kata, daun kaduk
boleh diulam dengan nasi panas
tapi Pandir tak kenal daun kaduk
lalu diambilnya daun sireh


Andeh kata, itu daun sireh
Bukan daun kaduk? tanya Pandir semula
Bukan, itu daun sireh
Bukan, bukanlah... kata Pandir

Pandir kenal daun keladi
tapi tak kenal daun di tangannya
sama ada daun keladi atau kaduk
hanya kerana dia tak kenal daun ditangannya






.

3 comments:

tasekM said...

jgn makan daun keladi sudey...



.

sepa said...

sekurang2nya pak pandir bawak pulang daun. :p

Nizam.Ariff said...

TM,
daun keladi ada yang boleh dimakan... aku lupa keladi apa tu...




Sepa,
yup, sekurang2nya dia tak pulang dengan tangan kosong... hahaha