Wednesday, February 1, 2012

Siri bercakap tentang syaitan 7... santau

.


Ketika kami sampai, sudah ada pesakit yang menunggu walau pun tuan rumah itu masih lagi bersembang dengan para tetamu yang hadir. Jadi, kami terpaksa 'berbaris' di belakangnya. Ketika itu, ada cerita 'Shaolin Soccer' ditayangkan di TV. Entah berapa kali aku tonton cerita itu tetapi setiap kali aku tonton, aku pasti ketawa. Termasuklah malam itu.


Sebaik sahaja jam melewati pukul 12 tengah malam, tuan rumah pun keluar ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Kemudian dia masuk ke bilik perawatan dan bersembahyang sunat 2 rakaat. Usai sembahyang sunat, dia teruskan dengan wirid dan berzikir yang aku kurang pasti apa yang dibacanya kerana aku agak jauh dari muka pintu bilik rawatan itu. Beberapa minit kemudian, tuan rumah pun memberikan salam dengan agak kuat. Semua yang ada pun menjawab salam itu.


Abang pun masuk ke dalam bilik itu diikkuti oleh seorang perempuan dan pasangannya. Aku tak dengar apa yang diusulkan tetapi beberapa minit kemudian, abang meminta air tanah daripada pasangan itu lalu memberikannya kepada Pak Haji. Pak Haji berdoa panjang diikuti oleh bacaan Yaa-sin oleh abang. Bacaan abang yang secara hafazan itu agak kuat, lebih kuat daripada doa-doa yang dibacakan oleh Pak Haji. Habis bacaan Yaa-sin, abang beralih kepada satu surah yang juga secara hafazan. Setelah sudah, Pak Haji serahkan air tanah tadi kepada abang. Abang pun meminta wanita itu meminumnya.


Pada mulanya wanita itu teragak-agak tetapi dia gagahi juga. Abang keluar dan masuk semula ke bilik itu dengan segelas air masak dan sebuah timba yang telah pun dilapikkan dengan plastik.

"Just in case, mana tahu tiba-tiba termuntah pula." terang abang kepada wanita dan pasangannya. Pasangan itu mungkin terkejut apabila abang berbahasa Inggeris.


Abang sebenarnya seorang jurutera yang pernah bekerja di beberapa buah firma antarabangsa tetapi 6 tahun lalu, dia telah ambil keputusan untuk menetap dan bekerja di kampung kerana falsafah hidupnya yang tidak sukakan sesuatu yang kompleks. Dia pernah bercerita kepada aku tak lama selepas dia menetap di kampung dan menjaga arwah bapak dan ibu, dia rasakan kehidupan di bandar tak membawa erti apa-apa. Walau pun bergaji besar, duit itu habis begitu sahaja kerana kos sara hidup juga meningkat. Dia juga berpendapat, dia dapat menjaga arwah bapak yang lumpuh dan itu adalah budi yang terhutang kerana sejak tingkatan satu lagi abang telah ke asrama penuh sehinggalah dia bekerja di bandar. Kini, abang dan kakak ipar menjaga ibu yang sedang sakit pula.


Memang benar telahan abang. Tak sampai pun seminit, wanita tadi pun muntah-muntah. Beberapa kali badannya terhenjut-henjut reaksi dari muntah itu. Aku tak nampak apa-apa yang keluar kerana aku tak sanggup nak lihat. Tak lama kemudian, ruang rumah itu berbau masam muntah. Setelah muntah-muntah, abang berikan wanita itu minum. Kemudian, abang menyuruh wanita itu mengikat plastik itu secara longgar.

"Rasa-rasanya, awak terkena santau. Kalau benar santau, sihirnya masih 'bernyawa'. Santau itu masih berbisa. Kena tawarkan dulu bisanya." terang abang.

"Santau? Tak nampak apa-apa pun selain lendir dan air ludah dia." kata pasangan wanita itu.

"Santau ni dimasukkan secara sihir. Bila keluar pun secara sihir dia. Nanti bila ditawarkan dengan doa-doa tertentu, barulah kita boleh lihat apa yang diguna untuk sihir tu." terang abang.

"Kalaulah kita tawarkan sihir tu dalam badan dan santau itu bertukar kepada bahan-bahan santau, bayangkanlah seksanya pasangan awak tu nak muntahkan semua. Mau pecah batang lehernya..." tambah abang lagi. Lelaki itu angguk-anggukkan kepalanya.

"Tak apa, tolong letakkan di luar sana dulu. Nanti kita tengok apa yang ada dalam santau tu." kata abang lagi.


Kemudian, abang meminta lelaki itu bawakan bahan-bahan yang akan digunakan untuk mandi wap. Aku lihat lelaki itu membawa masuk 3 guni herba-herba yang sama kakak bawa. Adakah kakak juga disyaki kena santau? Aku gundah.


Selepas 30 minit lagi didoakan oleh Pak Haji, pasangan itu pun keluar dari bilik itu sambil mengusung bahan-bahan untuk mandi wap tadi. Abang pesan kepada pasangan itu, jika mereka ingin tahu apa yang ada dalam santau itu, mereka kena tunggu sehingga Pak Haji habis mengubat. Mereka mahu, jadi mereka pun duduk semula di ruang tamu rumah itu.


Kini, kami pula masuk....




.

8 comments:

tasekM said...

ni ada berapa siri lagi nih..?
cer kabor.
cepat la kasi habis.. :D


.

hairul392 said...

ade sambungan lagi...

aza ni said...

biar lambat asal selesai...bro....he he..

Nizam.Ariff said...

TM,
sampai ko muntah muntah baca cerita ini... kakaka



Dak Ai,
sambung... mesti kena sambung...
tulis panjang2 pun bukan ada orang nak baca sangat... kan?



Azani,
hahaa.. betul3x.
dia orang tak tau ke aku sakit nih?
aku nak tulis pendek macam tu pun 4 kali berhenti sebab sakit...
tapi aku gagahi jua...

sepa said...

kekadang akupun terpikir macam abang ko. duduk di kampung. tp...
kampung d swak mundur benar. sk ada 3 kelas. tahun nih kelas 1,3,5. tahun depan tuk tahun 2,4,6...
ah...!

tp, aku nak jd tokeh kayu balak la pulak.

:)

Nizam.Ariff said...

Sepa,
kalau nak jadi tokeh balak, kena bela Hantu Raya sebab senang nak suruh cabut batang pokok tu... amacam?

upahnya baru telur rebus sebiji setiap malam jumaat...

alien pakai lipstick said...

pasti ke telur rebus je...dah cukup...harharharhar

Nizam.Ariff said...

alien pakai lipstick,

errr.... dah naik taraf ek?
dia org dah daftar jadi ahli MTUC ke?

keh keh keh