Saturday, December 17, 2011

Kecubung : Bab 4 Episod 15... tumpang tidur...

.


Bab 4 : Episod 15



Tazs rasa meluat sungguh, bukan kepada Hasri tetapi kepada Tij. Hatinya tiba-tiba terasa panas melihat gelagat Tij. Semasa di dalam van sepanjang jalan tadi lagi Tazs tak berapa suka dengan gelagat gedik Tij apabila bersembang dengan Hasri. Kalaulah di rumah, sudah tentu Tij akan gedik sambil pintal-pintal hujung rambutnya. Entahlah kenapa, hatinya tiba-tiba ada rasa cemburu. Selama ini perasaan itu tidak pernah ada terhadap kawannya itu.
          Ketika mereka bertiga berjalan memasuki lorong itu untuk menuju ke salah sebuah rumah yang paling hampir, Hasri menaikkan kesemua cermin tingkap van itu. Setelah sudah, Hasri pergi ke pangkal sebuah pokok yang agak rendang. Dia kumpulkan beberapa ranting kering untuk dibuat unggun api. Dia juga ambil beberapa helai daun hijau daripada pokok itu untuk diletakkan ke dalam api. Daun hijau itu nanti akan mengeluarkan asap ketika dibakar untuk menghalau nyamuk yang berdengung di telinganya.
          Assalamualaikum...”, Tij ucapkan salam tapi tiada jawapan.
          Assalamualaikum...” ulang Tij lagi. Juga tiada jawapan.
          Tazs mengintai melalui celah-celah bukaan pintu rumah papan yang tidak berselak. Kelihatan seperti kosong tak berpenghuni tetapi lampu-lampu minyak tanah terpasang dan menerangi seisi rumah. Ko-G pula sibuk menepuk-nepuk nyamuk yang menjunam ke dagingnya. Ada yang dapat tapi banyak yang selamat. Lebih banyak yang selamat daripada yang dapat dipenyetkan. Ko-G berasa kurang selesa.
          Kita tunggu sekejap, mereka tengah mandi agaknya”, agak Tazs.
          Mereka bertiga pun duduk di atas sebuah pangkin buluh di luar rumah itu. Ada 2-3 buah rumah di situ yang kedudukannya agak jauh juga diantara satu sama lain. Pokok-pokok besar memayungi halaman rumah-rumah itu, menambahkan kelam senja itu. Lebih-lebih lagi apabila pelita dan jamung yang digunakan untuk menerangi sekitar rumah itu.
          Sedang mereka melangut menunggu tuan rumah itu, mereka terlihat beberapa kelibat manusia sedang berjalan mendekati mereka dengan berkain dan bersongkok bagi yang lelaki manakala bertelekung bagi yang perempuannya. Mereka pun bangun dari pangkin.
          Assalamualaikum... ”, kali ini Tazs yang mengucapkan salam.
          Salam Tazs itu dibalas. Itu satu petanda yang baik, tafsirnya dalam hati, kerana mereka juga orang Islam. Kemudian mereka bertiga pun bersalam-salaman dengan kaum wanita.
          Mari kita masuk ke dalam rumah. Bersihkan badan dan berehat dahulu. Nanti kami sediakan makanan lebih sedikit”, kata seorang lelaki yang agak tua dan berserban hijau.
          Pelik sungguh. Seolah-olah kedatangan mereka itu telah diduga oleh orang tua itu. Walau pun begitu, mereka bertiga tetap turuti orang tua itu masuk ke dalam rumahnya. Seorang wanita turut masuk lalu terus ke bilik belakang tanpa berkata sepatah apa pun. Mereka terasa agak canggung di dalam rumah itu tetapi mereka perlukan bantuan orang tua itu.
          Tiada kerusi dan perabot yang kelihatan. Hanya ada beberapa buah almari dan meja kayu yang dirapatkan ke dinding. Mereka duduk di atas tikar mengkuang yang dihamparkan di atas lantai simen. Mereka agak kekok untuk duduk bersimpuh, jadi mereka bersila sahaja. Tij yang paling tak selesa kerana seluarnya agak ketat di bahagian pinggul dan peha.






.

12 comments:

tasekM said...

dah masuk bab misteri nih...

Nizam.Ariff said...

TM,
ni bab last aku masukkan dalam MM.

lepas ni, semuanya menjadi misteri sehinggalah buku tu siap.... kehkehkeh..

sepa said...

...baru masuk misteri ka.? aku ingatkan masa jumpa mamat tepi jalan tuh, misteri bermula. :p

Nizam.Ariff said...

sepa,
mula dari situ.... kemuncaknya selepas ini...

aza ni said...

serban hijau....hmmm..

Nizam.Ariff said...

Azani,
stigma warna hijau tu.. prejudis... keh keh keh

kalau sensitif, aku tukar kaler hitam la.... senang. maklumlah, dah dekat-dekat nak pilihanraya ni..

aza ni said...

takla ron ,
entah kenapa bila baca episod ini aku terbayang perkampungan darul arqam di penchala dulu......

Nizam.Ariff said...

Azani, ye ke? ko pernah ke situ kan?

aza ni said...

ha ah ron , tak silap masa aku 14 tahun..lawatan sambil belajar....

Nizam.Ariff said...

Azani,

Oooo.... lama dah tu.... aku pun masih menyusu lagi kut.. kakakaka

sepa said...

Dino, muda lg ko rupanye.? perasan.! :p

Nizam.Ariff said...

Sepa,
eh.. sekarnag pun aku menyusu lagi.. kakakaka