Thursday, November 10, 2011

Projek aku... ini sedikit sedutan dalam bab 1

.

Secara rasminya, aku mulakan projek aku pagi kelmarin. Aku letakkan sedikit sedutan dari bab pertama dalam projek itu.... dan sengal tangan aku datang semula.... pelan asal, aku nak cuba siapkan dalam masa seminggu aku bercuti ini tapi... tengoklah macam mana.


Sedutan 1:



Cuaca pada pagi itu mendung. Hujan bulan November merenjis turun sejak awal subuh tadi lagi. Matahari masih belum muncul di kaki langit Timur tetapi remang-remang cahaya pagi itu cukup untuk melihat daun-daun pokok pisang dan pelepah kelapa yang basah kuyup. Rumput-rumput di bahu jalan raya kecil yang menghubungkan Kampung Sungai kelubi ke Bandar Jasin banyak yang telah ditenggelami oleh air hujan yang melimpah dari jalan. Hujan bulan November seakan-akan bayangan kelabu kehidupan kampung itu yang meriah dengan seribu satu cerita.
Kampung Sungai Kelubi menjadi wadah besar yang mengadun semua yang kaya dan yang miskin, terlakur menjadi satu adunan rencam yang jika dilihat sekali imbas semuanya seperti kelihatan enak dan makmur. Namun jika diteliti setiap mereka yang hidup di situ akan terserlah perisa duka dan sengsara tetapi hampir tiada kesan-kesan calar itu pada wajah-wajah mereka. Segala-galanya menjadi norma harian. Tiada keluh, tiada kesah. Mereka gembira dengan kehidupan yang serba sederhana tanpa perlu menongkah arus untuk mengejar kehidupan mewah.



Sedutan 2:


 ”Jauh kamu mengelamun, Tazs ? Aku berdiri di depan kamu pun tak nampak ? ”, tegur Tij, kawan rapatnya.
Lambat kamu pergi kerja hari ni. Kamu mimpi panjang lagi ke malam tadi ?”, sebenarnya Tazs tersentak dari lamunan.
Tak mimpi. Mengigau je. Bagi aku Karipap seringgit. Aku suka Karipap Pusing kamu tu. Kamu bubuh Kas-Kas ke Tazs ? Ha ha ha... ”, bergegar payung Tij apabila dia ketawa.
Ha-ah. Memang aku bubuh Kas-Kas banyak-banyak. Kenapa ? Kamu alergik ke ? ”, balas Tazs menyindir. Beberapa minit kemudian, seplastik kuih dan duit seringgit pun bertukar tangan.



Sedutan 3:


Hujan, kak. Sejuk. Bukan ada makwe nak dipeluk-peluk ”, kata pemuda itu sambil menjeling jahat kepada Tazs tetapi hatinya baik.
Hah! Jangan nak ngengada. Kalau sejuk, bawa motor tu tunduklah sikit ”.
Mana boleh, kak. Tak nampaklah jalan hujan-hujan macam ni ”.
Aik?! Yang kamu buat lagak Superman wong-weng-wong-weng ... rempit kat jalan ni boleh pulak ? Aku tengok badan kamu sampai lurus rata macam mayat terbujur di atas jalan.. sungguh! Tak ubah macam mayat terbaring di atas jalan...”
 Hish akak ni ! ”, pemuda itu membayar harga kuih sambil memuncungkan bibirnya, lalu beredar.


Sedutan 4:


Dengan susuk tubuhnya itu, Tij dengan mudah boleh mencairkan jiwa-jiwa lelaki yang memandang aspek fizikal. Dengan keluk dan lenggok yang ada padanya, Tij dengan mudah meraih kasih sayang lelaki. Dengan wajah yang menarik, kulit bak telur pindang dikupas (kulit Tij sedikit sawo matang), pipi halus bak pauh dilayang, dada penuh berisi dan betis seperti bunting padi, dengan mudah juga untuk dia meraih kekayaan dan harta tanpa perlu bekerja keras kalau dia mahu, dan yang paling penting, dia tak perlu berkerja di situ lagi.
Pakej kesempurnaan fizikal seorang wanita memang telah ada dalam DNA keturunannya. Namun, Tij tahu kasih sayang yang lahir sebegitu tidak kekal lama. Lebih baik dielakkan. Lagi pun, adiknya perlu diberikan perhatian. Itu amanah arwah orang tuanya. Lupakanlah dulu tentang dirinya walau pun sebenarnya dia telah lama bersedia untuk sebuah komitmen.








Cukuplah. Selebihnya, nanti bila dah siap dan dibukukan( entahlah bilakan siapnya... kakaka).




.

12 comments:

tasekM said...

alaaaaa... jgn la tunggu buku.
ko publish la sikit2.

aku nk tunggu watak hero cerita nih.
ke tak de...?
ko jgn buat watak tazs tu anak-dara-tua-tak-de-org-nak yeee..!

:p

kalau nak buat watak-lawan-bergaduh, ko kena letak nama aeron.
bukan.
harun maksud aku.

keh keh.



.

aza ni said...

macam makan kuaci....selagi tak habis selagi tu nak ngunyah....


bila dah habis...nak lagi....


cepatla sambung...

Nizam.Ariff said...

TM,
rasa-rasanya tak ada watak gaduh2.
hari tu ada juga tapi tak jadi... dah ko tak nak aku guna watak jahat tu...

aku tukar sessi nanges-nanges jer nih... kakaka

jalan cerita dah tukar 180 darjah...



Azani,
nak letak kat sini panjangg....
yang letak kat atas tu cuma sedutan paragraf jer...

kucingorengemok said...

sesi nangis²? kalau aku tak ternangis macam mana? perlukah mengaku nangis untuk jaga hati penulis? kih kih...

Nizam.Ariff said...

KOG,
kalau ko tak nanges, aku le je yang nanges.... kakaka

sepa said...

"pemuda itu" nak mengorat si Tazs kan...???

kena siapkan cepat criter nih brade. tak sabar nak tggu babak "pemuda itu" kena pelempang... :)

tasekM said...

kah kah.

jgn dia buat watak yg kena lempang tu ko sudah la sepa... ha ha.



.

Nizam.Ariff said...

Sepa,
mana bulih tergesa-gesa, kena rileks jer baru idea tu flow dia cantik... kakaka...



TM,
tu la... cerita belum jadi ni apa-apa pun aku boleh tukar. nak tukar nama budak tu kepada sepa pun bulih....

ahahaha

sepa said...

aku kan tuan direktor.! watak kena sikit2 jeh, maklum la sibuk katakan... aku mgkn mamat yg hantar karipap pusing ke...! kan dino...?

Nizam.Ariff said...

Sepa,
aku nak lantik jadi watak mamat jahat suka cabul orang pompuan... kakakaka

Tijah said...

suka sedutan 4. kihkihkihhhh

Nizam.Ariff said...

Tijah,
aku pun suka gak yag itu... keh keh keh... lebih-lebih lagi ianya lahir dari imaginasi aku tehadap ko.. kakaka