Friday, November 11, 2011

Ini antara dialog2 dan sedutan bab seterusnya dalam projek aku tu...

.

Sedutan 1:

Tazs longgarkan simpul kain batiknya lalu disimpulkan semula pada paras pangkal dada. Tazs tarik keluar bajunya dengan berhati-hati agar simpulan kain batiknya tidak terburai dan melorot. Kemudian dia meniarap di atas tikar mengkuang. Dua biji bantal kekabu tadi digunakan untuk ampu....


Sedutan 2:

Terkekeh-kekeh Tazs ketawa. Dia tahu yang Tij menjadi promoter untuk pakaian dalam kaum hawa. Ada pelbagai warna dan fesyen. Pernah juga Tazs mengusik Tij pasal itu tapi Tij dah tak kisah. Dia sudah tebal dengan usikan Tazs yang kadang-kadang dirasakan keras juga.


Dialog 1:


Tiba-tiba Tij terdengar ngomelan kecil dari mulut Ko-G. Dia lihat adiknya sedang menimang kucing hitam itu sambil bercakap-cakap dengannya. Geli hati Tij melihat gelagat adiknya itu.
“ Hari tu dia bercakap dengan pokok bunga di rumah aku. Malam ni dengan kucing pulak... hehehe”, bisik Tij ke telinga Tazs dengan sedikit ketawa.

 Dialog 2:
” Ini Belalang Pelesit ! Dah, pergi campak keluar tingkap ”, arah Tazs kepada Ko-G. 
” Eh, orang kata kalau nak tahu belalang ni bawa pelesit atau tak, cabut kepalanya. Kalau ada macam sehelai rambut hitam maknanya pelesit tu ada dalam belalang ni ”, kata Ko-G.
” Alaahhh...! Kalau tak ada, sia-sia saja belalang tu mati. Kalau ada pulak, ko nak buat apa ? Menjerit histeria malam-malam ? ”, kata Tazs.
” Biar dia rasuk Ko-G. Dah dia yang bersembang dengan belalang tu tadi, biarlah pelesit tu datang kat dia “, Tij mengusik adiknya.


Sedutan 3:


Masing-masing ketawa bila teringatkan kisah Tok Bilal dapat bini muda tahun lepas apabila isteri pertamanya meninggal dunia. Sebelum dia berkahwin dengan bini mudanya itu, orang-orang kampung pernah juga ’kenen’kan Tazs dengannya. Maklumlah, Tazs duduk sebatang kara di rumahnya. Kalau disatukan dengan Tok Bilal, bolehlah dijaga makan-minumnya. Tazs pula bolehlah uruskan hidup Tok Bilal pula. 
Sejak kisah ’kenen-mengenen’ itu tersebar luas di kampung itu, nama Tazs sentiasa menjadi sebutan. Malahan, Tok Bilal juga selalu menyapanya di gerai. Kerap juga Tok Bilal mengajaknya bersembang tetapi Tazs tolak. Tazs tak berkenan dengan ’pucuk tua’, selorohnya. Namun selorohnya itu membuatkan Tok Bilal terasa hati. Sejak itu, tiada lagi usikan dari Tok Bilal dan orang-orang kampung mula ’kenen’kan Tok Bilal dengan Besah Janda. Baru secocok, kata Tazs. Akhirnya, lekatlah mereka berdua.





.

12 comments:

sepa said...

wah! semakin menarik brader...

nak lagi lagi lagi...

ko mesti update tetiap hari, brader...

tasekM said...

ampu penumbuk, kan...?

:p




.

Nizam.Ariff said...

Sepa,
abih la orang semua tau cerita tu.. mana boleh.... kakaka



TM,
takkan setakat ampu penumbuk...
kalau dah berkain batik, baring atas tikar... apa lagi.. ampu...err.. takde mende lah...
kakaka... suspen weh...

tasekM said...

aku baca simpul kain batik tu dah menggigil tangan nk tunjuk penumbuk dah tu...

haha.


.

Nizam.Ariff said...

TM,
hahaha.. cerita aku, suka hati aku la nak buat apa kat kain batik tu.... kakaka

sepa said...

kejap, dino. ko pause takat tuh dulu. sbb aku ingat kita kena tubuhkan panel pen-sensor... hahhaaahaaa

sepa said...

ralat : sensor sepatutnya censor...

Nizam.Ariff said...

Sepa,
hahaha.. ok... kena lantik sorang editor bebas...

aku lantik ko la, Sepa. nanti aku kasi kat ko bila draft/manuskrip dah siap.

kalau lantik Tas, abis semua kena potong.. kakaka

kucingorengemok said...

chup! apa tajuk projek ni? 3 dara pingitan ke?

Nizam.Ariff said...

KOG,
Tak tau lagi. tunggu bila dah siap... kakaka

Tijah said...

kejap kejap. watak2 tu sumer umur dioang brp ekkk?

Nizam.Ariff said...

Tijah,
umur dalam lingkungan bergetah lagi beb...

dlam 28-30 tahun jer....

KOG umur muda sikit.... kolej.. dalam 19 tahun.. keh keh keh