Luncur layar bahtera hidup ini
di laut merah darah dan nanah
panasnya lahar mengalir laju
di bawah sana, merah menyala-nyala
Bahtera hidup ini melalui dugaan
jurang-jurang yang tenggelam
serangga sesat ditelan dunia
kemudi ini tak tahan
Pelabuhan, mana pelabuhan?
Bahtera ini terbakar
dan mahu tenggelam
aku hilang
[nizam ariff-7.4.2011]
2 comments:
merung pun akan dihilangkan?
Ashley,
ni tgh fikir ni...
nak 'disatukan' dgn blog lain atau tak...
atau mmg khas untuk cerpen, puisi dan cerita jer?
Post a Comment