Dah dua hari aku pikir, nak buat cerita yang macam mana.
Asalnya, aku nak menyahut seruan UTM tentang Sayembara dia orang. Pertandingan menulis novel sains fiksyen. Bab-bab sains ni memang makanan aku la sebab aku terdidik dari kecik sampai kat U dalam aliran sains. Dan aku memang minat bab sains ni.
Cuma, mencari idea untuk cerita tentang sains ni bukan mudah. Kalau setakat nak cerita pasal apa yang ada sekarang ni, baik tulis je balik cerita yang kat dalam movie tu.
Kalau taraf-taraf UTM, paling kurang macam Jules Vern. Mestilah berasaskan sains teoritikal, kerana mana tahu, 100 tahun akan datang semua tu jadi kenyataan. Zaman sekarang lagi mudah, google je dan semua teori muncul, termasuk teori-teori yang masih kontroversi. Biasanya, teori kontroversi inilah yang paling laku.
Tapi, oleh kerana ini sastera Malayu, latarbelakang cerita pun mestilah di Nusantara. Ini yang payah. Kalau buat terlalu futuristik, satu kerja pulak nak bayangkan kehidupan dan budaya Melayu pada masa tu. Jadi, aku rasa lebih mudah kalau gunakan time line masa kini dan asakkan dengan teori-teori kontroversi. Kemudian, bawak pembaca mengembara mengikut teori-teori ini dan apa kesudahannya.
Habis satu hal.
kemudian isu? mesej? plot? watak? kemuncak? Nak mula kat mana? haih... nantilah kalau ada idea. Mula-mula, kena pikir apa isu dan mesej dulu. Lepas tu pikir pasal teori dan plot.
Dulu, tahun 1998, kalau ada sesapa yang masih ingat dengan Formula Malaysia, ada pertandingan seperti ni. Ada banyak kategori. Aku, masa tu sakit tak boleh kerja 3 bulan, ambil kesempatan. Aku join sekali. Almaklum, kategori terbuka dewasa menawarkan hadiah RM150k, RM100K dan 50K untuk tempat 1, 2 & 3.
Aku tak 'aim' yang tu. Aku tahu sape aku. Aku bukan budak sastera. Aku budak sains. Aku cuma 'aim' hadiah sagu hati. Itu pun lumayan juga, RM1,000 untuk 100 hadiah saguhati. Aku pikir, kalau aku salah seorang dari 100 orang tu pun dah ok.
Maka, aku tulis cerita masyarakat tapi berdasarkan sains. Tajuk asal dia ialah 'UFO', tapi masa aku hantar manuskrip, aku tukar kepada ' Hajatnya kesampaian'. Ceritanya berkisar tentang Azam, seorang budak 9 tahun yang sedikit bermasalah tapi mempunyai fikiran yang diluar tabii kanak-kanak yang sebayanya. Mesej yang aku sampaikan ialah perihal budaya Melayu kampung dan keazaman kita dalam mencapai sesuatu.
Akhirmya, nama aku tersenarai dalam 100 orang untuk hadiah saguhati. Itu pun kakak ipar sulong yang telefon sebab dia nampak nama aku kat dalam Berita Harian (26 Feb 2000). Aku ingat tarikh tu sebab anak aku lahir sehari sebelum tu. Aku dapat tahu pun semasa di SJMC.
Itu rezeki anak namanya.
.
13 comments:
ok bang. aku sudah tinggalkan jejak. he he.
sila teruskan projek nih...
:)
Oraiit!
Kalau aku mengarut melalut ke cerita separa lucah, tolong sedarkan aku...hahaha
wah. sarung baru!
sai fi! ya teruskan.
wah wah mesti terror bab sains ni;)
wah... dah ade tapak baru...
teruskan usaha... i will u full support.
"Good Luck"
resend... ade word tertinggal
wah... dah ade tapak baru...
teruskan usaha... i will give u full support.
"Good Luck"
Hegira@Alina,
Tak tao la nak teruskan atau tak. Idea tak sampai lagi la... tapi thanks sebab jumpa tapak baru ni....
Princess@Yana,
Thanks sebab datang tapak ini... Sains ni memang minat sejak kecik,. Dan aku memang org sains...
Ros,
Tak pe, aku faham maksud kamu tu..
Thanks for coming...
Eh, rasa macam house warming pulak...
tahniah.Kira kau ni otai juga.
Azani,
Jumpa jugak kau tempat ni. Tahniah juga buat mu...
salam zam
Azani 2011 datang ni...rupanya 2 tahun sudah aku dah tinggal jejak,,,mari banding muka ..
2011 lagi ok kot?
cer tengok?
macamana aku langung tak ingat yang aku pernah letak jejak di sini.
Azani,
bukan ada yg baru lg ker?...hahaha
Post a Comment