Tuesday, April 28, 2009

Kompang: Episod 3

Akhirnya, ketawa mereka berderai dalam renjis-renjis hujan dan pekatnya malam.


Pagi itu, Jali lontarkan pandangannya jauh ke sawah. Sayup menghijau umpama permaidani. Hujan malam tadi akhirnya berhenti.


{di bawah ini ilham dari Ashley}


Matahari mula menjenguk dari sudut Timur, dari celah-celah hijau gunung yang berkabus nipis. Cahayanya menyinari titis-titis embun yang terlekat pada sutera tenunan labah-labah yang bersarang di pucuk-pucuk padi. Cahayanya terbias bak mutiara, sungguh cantik, sungguh tenang melihatnya. Semilir sejuk membungkam semangat jali untuk turun menjejakkan kakinya ke sawah pagi itu. Semilir itu juga membuai-buai sarang labah-labah, membuai manik-manik mutiara. Ia melekakan Jali buat seketika. Perasaan tenteram dan indah yang Jali pernah rasai semasa kecil dulu, lama dulu.


Pagi itu Jali batalkan niatnya untuk membaja anak-anak padinya. Dia teringat pesan Pak Man, yang tinggal selang dua rumah dari situ, supaya hadir ke kenduri selepas zohor nanti. Pak Man juga bertanya kepadanya kalau-kalau Jali masih masih boleh berkompang pada sebelah malamnya. Perkara yang kedua itu membuatkan Jali termenung panjang.


Dulu, semasa arwah Ayah masih ada, Jali dan anak-anak muda kampung pernah belajar bermain kompang dengan arwah Ayah. Dua kali dalam seminggu, selepas Isyak berjemaah, sebahagian jemaah akan singgah di rumah Ayah untuk bermain kompang. Kebiasaannya, mereka bermain kompang pada malam Isnin dan Malam Rabu. Kompang Jawa yang dimainkan sekurang-kurangnya oleh lima orang, manakala Beduk pula ditabuh bergilir-gilir oleh pemain yang telah penat berkompang, biasanya orang-orang yang lebih tua kerana mereka cepat penat. Kadang-kadang Wak Majedi yang menabuh Beduk, kadang-kadang Wak Suhud yang menabuh Beduk. Mereka berdua itu biasanya bergilir-gilir apabila salah seorang daripadanya menggulung rokok tembakau daun nipah atau untuk berehat sebentar mengembil nafas.

Mereka yang muda-muda akan berkelek dan berkompang sambil menyanyikan lagu puji-pujian yang diambil dari dalam kitab berzanji, sungguh meriah dan seronok malam-malam itu. Emak pula akan menjamu mereka yang hadir dengan pisang goreng atau ubi goreng bersama air kopi pekat. Riuh bunyi kompang dan Beduk akan memagar sepi malam, kadangkala sehingga lewat tengah malam baru mereka bersurai. Memang sungguh meriah.

Itu dulu, ketika arwah Ayah masih hidup. Namun kini segala-galanya sepi sejak Ayah meninggal dunia dua tahun lepas. Tiada lagi gema kompang dan Beduk merentasi langit malam di kampung itu. Tiada lagi harum pisang goreng dan ubi goreng panas sajian Emak kepada mereka yang hadir. Malah, kompang dan Beduk itu kini tersusun dan berhabuk di bilik Emak. Cuma sekali-sekala Emak akan membersihkan habuk-habuk itu.

Jali masuk ke bilik Emak....



.

11 comments:

ASH said...

'Mentari di ufuk Timur perlahan lahan menyinarkan cahayanya. Burung burung berkicauan riang gembira menyambut kedatangannya. Tapi Jali tidak melihat sinaran mentari yang berkilauan itu..dia juga tidak mendengar keriangan suara unggas di pagi yang syahdu. Hatinya jauh. Fikirannya entah ke mana...'

Ngeh ngeh ngeh...
OLEH KERANA pendek bebenor entry KOMPANG kamu ni, biorlah aku tambah 'lauk pauknya' sikit ye?

Nizam,
kut ye pun sedih..jangan la sampai bawak sakit..

entah le..

PENING?..Nak kapak kepala..
ISH bior bebenor!!
Takkan dua kali??
.
.
.
.
.
.
larikkkkkkkkkk

Nizam.Ariff said...

Hah, boleh masuk tu..

Aku tak dapat idea sebab dah lebih 2 bulan tak balik sana. Nanti la aku sambung balik...

Pening sebab darah rendah ni macam migrain jugak, dia punya denyut macam orang kena rasuk polong.. HAHAHA.

Eh, dah lama tak tulis cerita seram la...

ASH said...

Hati Jali sayu mengenangkan suara isak tangis yang didengarinya malam tadi. Takkala melabuhkan mata bersama isteri terdengar isak tangis ibunya sayup sayup antara dengar dengan tidak. Ibunya merintih lagi seperti selalu. Jali tahu pasti ibunya sedang mendakap kompang peninggalan ayahnya. Pasti ibunya sedang menangisi saat saat pedih ditingggalkan ayahnya. ....

Nizam.Ariff said...

La.... apsal jalan cerita sedih sangat nih...? Aku tengah nak fokus kat jali dan kompangnya... hahaha

Ni mesti pasal 'ibu' kan?
Sabarla kak, dia tetap ibu. Dia bahagia, kita tumpang gembira...

ASH said...

he he he..okay okay..best gak cara awalan tu..perkataan 'SEMILIR' tu macam aku pernah nampak kat blog sapa tah..

nak tanya sat, oleh kerana bahasa aku ni takat dapat credit jer, menatang apakah 'SEMILIR' itu?
ha ha ha..

Nizam.Ariff said...

ashley,
Ntah! Hahahaahaa...

Aku agak-agak angin lembut yang membelai-belai, kadang-kadang orang panggil angin utara. Pernah tengok asap bila bakar sampah/daun-daun kering waktu petang? Bayangkan asap tu berkepul naik dan ditiup angin petang, asap tu menjadi sebaris dengan angin... macam tu la kut...

tasekM said...

buat mende pulak jali masuk bilik mak nih....? aku moskel dah nih... ha ha.

menyesal tak korang berkawan dg aku?

muahahaha...


:p



.

tasekM said...

bila la aku pulak nk nyambung nih...? ilham tak mari. ha ha.



.

Nizam.Ariff said...

TM,
Itu mak la...
Ko pulak, bila nak kasi idea nih? Jangan kasi aku malam jumaat, mesti idea mengarut... hahaha

ASH said...

Nizam and TM,
Jali masuk dalam bilik mak sebab dia nak try taboh kompang tu semula..ALAAAA
gian nak taboh kompang macam Cikgooden kemaruk taboh gendang dia tu!!

Cikgooden patut bagi idea tang episod ni sebab dia yang selalu dok menaboh gendang ni..
err gendang..kompang..adik beradik sepusat sepusing ler tuu.

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Hah. Episod 4 dah mai..