.
Merempat menunggu letak bertempat
Puas berhanyut dari longkang ke longkang
Biarlah kali ini aku tunggu
Di kolong jejambat ini
Merenung air hitam hanyir surut sedikit
Barulah aku ke seberang
Untuk menghulur segulung kertas kusam
Serta carik-carik harapan
Kita bukan seteru
Aku cuma benci kamu (perangaimu itu)
Kalau pun kamu suka aku (berkeadaan begini)
Aku tetap benci kamu (perangaimu itu)
.
Merung Mahawangsa
Blog ini penuh dengan sawang. Tempat yang lain mungkin kurang sikit sawangnya...
Wednesday, March 27, 2019
Wednesday, December 26, 2018
Zaman Akhir
.
Menanti Suram Matahari
Pijar batu dan bahang menghilang
Gerombolan awan meropol-ropol dilangit
Bak kekabu tak berpintal
Menyekat pandang langit biru
Bumi Arab basah, air melimpah
Tiba-tiba bumi tumbuh menghijau
Dari lembah ke puncak gunung
Sang gembala girang
Daging dan kantung susu memboyot
Digayuti rezeki anugerah Ilahi
Tular dikatakan itu semua petanda
Bak bumi beralih pada paksinya
Atau sempadan cuaca lakaran baharu
Tak menentu, haru-biru
Bahawa dunia makin bobrok
Tak lama lagi keluarlah momok-momok.
.
Menanti Suram Matahari
Pijar batu dan bahang menghilang
Gerombolan awan meropol-ropol dilangit
Bak kekabu tak berpintal
Menyekat pandang langit biru
Bumi Arab basah, air melimpah
Tiba-tiba bumi tumbuh menghijau
Dari lembah ke puncak gunung
Sang gembala girang
Daging dan kantung susu memboyot
Digayuti rezeki anugerah Ilahi
Tular dikatakan itu semua petanda
Bak bumi beralih pada paksinya
Atau sempadan cuaca lakaran baharu
Tak menentu, haru-biru
Bahawa dunia makin bobrok
Tak lama lagi keluarlah momok-momok.
.
Subscribe to:
Posts (Atom)