Alangkah berdosa rasanya dia kerana belajar tentang cinta dalam bidang hidup yang tanpa makna dia mencari dan mendapat cahaya Jauh di lorong kehidupannya, di hujung sana ada sepasang tangan memanggil, wangi angin bertiup membasah jiwanya itulah cinta baginya Berdosa rasanya dia mencari cinta di lorong dalam kelam dan kusam, dan hanyir busuk kota kehidupan namun cinta itu tetap cinta membawa segar, membawa bahagia walau dari mana dia menemuinya.